Didlm dok sesaja-saja tu sy suka menyinggah di cni www.facebook.com/family guru..
jom baca antara perkongsian IBU ROSE untuk hari ini..

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB Day 7 Part 1
ANAK 0-1 TAHUN
Bayi yang baru lahir masih belum betul-betul nampak.
Jika anda lihat anak matanya masih belum jelas. Ini biasa. Jika anda biasa
dengan bermain flash card Glenn Doman, semasa ini, anda boleh menggunakan flash
card yang hitam dan putih. Warna kontrast ini meransang dan stimulate mata anak
anda.
Anak sangat sensitif semasa ini. Jaga pemakanan anda jika anda menyusu badan. Jangan makan
makanan yang berangin seperti ubi-ubi terutama jika anda mendapat anak lelaki.
Ada satu penyakit yang sering menimpa bayi lelaki, iaitu MEMPASANG. Kebanyakan
sebabnya ialah kerana perut sangat berangin. Selain itu, bayi juga mudah
terkena COLIC yang menyebabkan perut mereka kembong. Salah satu cara ialah
menjauhi makanan yang sejuk, seperti kebanyak sayur, ubi, ais dan buah. Untuk
semasa di dalam pantang terutamanya.
Selain itu anda juga tidak elok mendedahkan bayi
yang baru lahir dengan angin malam.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB Day 7 Part 2
Kebanyakan bayi akan terkena Jaundice. Iaitu badannya
akan berwarna kuning. Oleh itu perhatikan lidah dan mata bayi yang baru lahir.
Jika tidak begitu serius, anda boleh membawanya berjemur dengan cahaya matahari
pagi untuk 20 minit setiap hari sehingga kuning itu hilang. Jika seluruh badan
sudah kuning, SEGERA bawa berjumpa doktor. Jaundice ada kaitan dengan hati.
A common condition in newborns, jaundice refers to
the yellow color of the skin and whites of the eyes caused by excess bilirubin
in the blood. Bilirubin is produced by the normal breakdown of red blood cells.
Normally, bilirubin passes through the liver and is
excreted as bile through the intestines. Jaundice occurs when bilirubin builds
up faster than a newborn's liver can break it down and pass it from the body.
Reasons for this include:
Newborns make more bilirubin than adults do since
they have more turnover of red blood cells.
A newborn baby's still-developing liver may not yet
be able to remove adequate bilirubin from the blood.
Too large an amount of bilirubin is reabsorbed from
the intestines before the baby gets rid of it in the stool.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB Day 7 Part 3
ANAK UMUR 0-1 TAHUN
Bila sudah mencecah usia 3 bulan, baby akan mula mahu
tumbuh gigi. Mungkin pada ketika ini dia akan nampak macam bermain dengan ai
liur. Anda jangan pula risau dan merasakan dia kurang ajar bila melihat dia
'spit'. Ini tidak ada kaitan langsung dengan kurang ajar. Itu sebenarnya dia
sedang berlatih untuk menggunakan lidah dan mulut dan muka untuk menyebut
perkataan.
Pada usia ini anda tidak lagi boleh memberi dia makanan
selain daripada susu.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB Day 7 Part 4
Bila anak mencapai usia 5 ke 6 bulan, dia akan suka
mencampak barang. Ini juga tidak ada kaitan dengan kurang ajar. Stage ini
sangat penting kerana anak anda sedang belajar mengguatkan motor skilnya.
Pada usia ini bayi anda mungkin sudah mula merangkak
atau duduk. Oleh itu eloklah di ' baby safe' rumah anda agar tidak perlu
melarang anak senantiasa. Jauhkan
benda-benda yang bahaya seperti benda tajam dan mudah pecah. Letaklah perhiasan
anda di dalam almari atau di tempat yang tinggi. Tutup semua powerpoint dan
letakkan penghadang seperti kerusi dsbnya.
Terdapat juga ibu bapa yang lebih mementingkan
perhiasan rumah dan asyik melarang baby yang masih kecil itu untuk memegang itu
dan ini. Pukul tanganlah, jeritlah dan sebagainya. Mereka ini menempah untuk
anak itu akan menjadi anak yang suka mengamuk bila sampai usia 1 tahun keatas.
Selain itu mereka ini SEDANG MEMATIKAN SEMANGAT ANAK MEREKA DAN MENJADIKAN ANAK
MEREKA TIDAK BERKEYAKINAN DIRI YANG TINGGI!
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB Day 7 Part 5
ANAK 0-1 TAHUN
Pada usia ini anak masih boleh nampak benda ghaib
kerana hijab belum di tutup sepenuhnya. Maka mungkin anda akan nampak dia
ketawa seorang atau kelihatan seperti bermain dengan sesaorang yang anda tak
nampak. Janganlah takut pula atau menyangka anak anda tidak normal. Itu jugalah
yang menyebabkan tidak elok dibawa anak-anak kecil bersiar-siar sewaktu maghrib.
Ada pula ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke
tempat-tempat yang tidak sesuai untuk anak kecil. Contohnya ke FORMULA 1, JAPAN
GT dan sewaktu dengannya. Tempat-tempat begini selain ianya tidak selesa untuk
baby, bunyi bisingnya boleh menyebabkan kerosakan pada telinga baby yang masih
baru.
Selain daripada itu baby sangat memerlukan rutin
dan tidur yang merehatkan untuk pertumbuhan fizikal yang baik.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB Day 7 Part 6
ANAK 0-1 TAHUN
Aak pada usia ini suka sangat mengambil benda dan
memasukkan ke dalam mulut. Ini adalah perkara biasa. Ketahuilah sebenarnya
manusia memerlukan 5 cara untuk informasi masuk ke dalam otak kita. Itu dengan
menggunakan 5 deria kita. Salah satu deria itu ialah RASA dengan LIDAH. Ini
dipanggil GUSTATORY. Bila anak kecil memasukan benda ke dalam mulut, mereka sedang merangsang deria ini.
JANGAN RAMPAS BENDA DARIPADANYA NANTI DIA AKAN SUKA MERAMPAS! Jika benda itu
bahaya untuk dimasukkan ke dalam mulut, AMBIL BENDA YANG TIDAK BAHAYA, PEGANG
TANGANNYA YANG ADA BENDA BAHAYA ITU supaya dia tidak masukkan ke dalam mulut,
DENGAN LEMBUT TAPI TEGAS DAN SENYUM, BERITAHU INI BAHAYA, YANG INI SELAMAT
sambil memberi yang selamat itu dan beri masa untuk dia ambil yang selamat itu.
Jika dia mula menggutip sampah di lantai - maka
bersihkan lantai anda senantiasa. Elak gunakan carpet. Gunalah jenis penutup
lantai yang senang dicuci dan mudah untuk dia merangkak.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB Day 7 Part7
ANAK 0-1 TAHUN
Ramai ibu bapa tersilap faham menyangkakan anak yang
masih kecil ini tidak tahu apa-apa. Sebenarnya anak ini sangat tahu dan bukan
bekas kosong. Anak pada usia ini mahu membuat pilihan sendiri, mereka memang
banyak berkomunikasi dengan kita dari segi bunyi dan pergerakan mata.
Pada usia ini anda sudah perlu untuk merangsang pertumbuhan diri fizikalnya, mentalnya, emosinya dan jiwa
nya.
Diri fizikal - berilah anak itu bergerak dengan
mudah. Jaga pemakanannya. Beri rehat yang cukup.
Minda - Banyakkan bermain dengan anak. Bercakap.
Memberi dia memilih dengan meletakkan dua atau tiga barang di depannya dan
minta dia ambil satu. Bacakan buku cerita. Nyanyi dan timang dia untuk
merangsang oleknya.
Emosi - Banyakkan memeluk, menyebut anda sayangkan
dia, membelai, melayan dia dengan penuh mesra.
Jiwa - Oh, ini sangat best. Anak yang baru lahir
datang dari syurga. Mereka masih ingat tujuan mereka datang ke dunia ini. Maka
anda boleh menguatkan jiwa mereka dengan membaca Al-Quran. Bawa dia berjalan
diluar dan dekatkan dia dengan nature. Bila solat, letakkan anak itu dekat
dengan anda. Walaupun dia sedang tidur. Semasa tidur, biarkan bacaaan Al-Quran
berkumandang dengan tahap volume yang sesuai untuk telinga baby.
This first one year is very important stage.

#www.facebook.com/familyguru pada saya semua info ni sgt berguna pada yg bakal menjadi ibu,yang sedang membesarkan anak-anak( mcm sy) , dan juga yang masih solo.. :)