Showing posts with label jom masak. Show all posts
Showing posts with label jom masak. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Spaggeti Aglio Olio versi malaysia...mak aihh nama...

Assalamualaikum...
selamat pagi semua...eeewahhh semangat terr.....hiihihi..
nak citer menu dinner semalam..kih...kih..
alkisahnya memang lama dah teringin nak buat ni..
asyik dok tengok n ngusha blog kawan  ni je..
akhirnya berjaya gak ku buat..
memang la senang je resepinya tapi masa dan orang yang nak makan tu..hihih
kena bertepatan barula habis sekali masak okeyy....

ok...nah resepinya ku copy dari blog kawan ku tu

Spaggeti Aglio Olio
resepi rujukan : marziah




bahan-bahan:
spaggeti- direbus dan ditoskan
cendawan shitake- dipotong  ikut suka
selabu bawang putih- dipotong dadu
sebiji bawang besar - dipotong dadu
cili kering - di potong serong
ayam/dasing/seafood
brokoli- direbus
( tapi saya guna sawi ye..coz brokoli xde dalam ice box )hihihi
serbuk lada hitam
garam 
serbuk perasa





cara-cara

1. rebus spaggeti dlu dan toskan bila dah masak dan sapukan dengan olive oil ok.nak bg berkilat dan tidak melekat.
2.panaskan olive oil.goreng bawang putih yang telah dipotong dadu.jangan sampai hangit ok.kena jaga api semasa menggoreng tu ye.dah kekuningan dan nampak garing ,angkat dan toskan .
3.masukkan bawang besar dan cili kering yang telah dipotong tadi.masak sehingga hampir garing .
4.pada masa yang sama rebusla brokoli.disebabkan saya tak ada brokoli saya masukkan sawi yang telah dipotong dalam kuali tadi..hihihi....( ikut suka aku daaaa..hahahah )
5.selepas itu masukkan cendawan shitake dan serbuk lada hitam sesuka rasa.nak peda boleh letak lebih okey.saya letak ckit je sebab nak makan dengan anak-anak.
6.masukkan ayam atau seafood yang korang suka la kan...saya masukkan ayam dan sosej je.
7.bila ayam dah masak masukkan spaggeti tu.gaulla sebati.
8.akhirnya masukkan bawang putih yang digorneg tadi dan klu korang ada brokoli tadi masukkan la waktu ni. gaul sebati.
9.ehhh..jangan lupa garam dan serbuk perasa sesedap rasa korang ok...
taraaaa dah siap...




 ni sebenarnya bekal yang ku bawa ke opis.sebab semalam xsempat nk snap picture.pagi ni saya snap la picture bekal saya...hihihi..sesuka hati den ajo...lagipun x abis semalam ku panaskan dan bawa bekal ke opis
jom sarapan pagi...


Thursday, August 14, 2014

Juadah berbuka dibulan syawal..

Assalamualaikum....
lama gak tak menulis kat cni ..eh ye ke?
a'ala....tak sempat nak menulis idea banyak sebenarnya...kih..kih...
emmm...hari ni nak story mory tentang hari memasak ..hihih
Entah kenapa semalam macam hendak masak special ckit untuk anak-anak dan suami...hihihi..
jadi dengan gighnya ku google la menu yang kunak buat.. 
menu utama  --> Daging kambing...

gigihnya dari satu blog ke satu blog masak ku jelajah melihat resepi yang mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada kat umahku..hihihi... >( kes xleh nak singgah kedai runcit selepas balik kerja )

akhirnya ku jumpa satu blog yang betul-betul kena dengan apa yang kuada..kih..kih...
ni blognya : blog lina_pg
 ni resepi dari blog kak Lina tu..

RESEPI GULAI DAGING KAMBING BAWANG GORENG (TANPA SANTAN)
Sumber : Kak Zana PB
Resepi di bawah adalah olahan dan cara LiNa Pg, rcp asal refer ke bloh kak PB
Bahan-bahan:

  • 1 kg daging kambing (LiNa Pg guna yg ada tulang)
  • 1 paket rempah gulai bunga ros
  • 1/2 paket rempah masak bunga ros
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 1/2 in halia (blend)
  • 1/2 in lengkuas (blend)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 cawan bawang goreng - ramas/hancurkan
  • 1- 2 sudu besar susu manis (guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket)
  • 1 tin kecil tomato puri (boleh ganti dgn sos tomato)
  • 3 ketul ubi kentang (potong 4)
  • 2 sudu besar kicap manis (jika suka)
  • 2 sudu besar sos tiram (jika suka)
  • air secukupnya
Bahan tumis
  • 2 in kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Minyak
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi.
  3. Masukkan gula merah (gula merah akan caramelize bawang-warna jadi merah dan cantik)
  4. Masukkan pes rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap
  5. Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging.
  6. Tambah air hingga paras daging (gulai ni takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu manis
  7. Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan rasa
  8. Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat.

tapi saya masak saya olah sedikit mengikut bahan yang ada kat umah saya..

Bahan tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1kuntum bunga lawang
  • sebatang serai diketuk
  • minyak bunga matahari
Bahan-bahan
  • 500-700 g daging kambing
  • semangkuk rempah kari cap O atau satu paket setengah yang paket kecik tu
  • 4 ulas bawang besar (kisar)
  • 7 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 " halia (kisar)
  • 1 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar kerisik/sesenduk 
  • 1 genggam bawang goreng
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 3 ketul ubi kentang dipotong 4
  • 2 tiup sos tomato
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya.
cara-cara nya :
  1. masukkan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau wangi.
  2. masukkan bahan kisar.tumis sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan gula merah dan kacau rata.
  4. masukkan rempah kari yang dah dibancuh bersama sedikit air panas atau air suam.tumis sehingga pecah minyak.masukkan 2 tiup sos tomato.kacau rata.
  5. Masukkan daging kambing ,gaul sebati. Biarkan seberapa ketika agar rempah mesra ke dalam daging tersebut.
  6. Tambah air sehingga menenggelamkan daging tersebut.masukkan bawang goreng yang dihancurkan atau rimas , kerisik dan susu pekat manis.kacau hingga sebati.
  7. Masak sehingga daging empuk dan masukkan kentang.selepas itu masukkan air asam jawa.
  8. apabila kentang dah empuk bolehla masukkan bahan rasa secukupnya.
  9. Akhirnya renehkan sehingga kuah pekat. selamat menjamu selere

inilah hasilnya gulai daging kambing bawang goreng saya..walawehhh...

disebabkan syoknya layan blog-blog masak tu..saya pun temasakla juga nasi hujan panas dan acar timun.
untuk nasi hujan panas saya ambil resepi disini. saya ubah sedikit mengikut bahan yang ada kat umah saya.




Nasi dah ada lauk dah ada...ala kena tambah sayur jadi saya pun buatla acar timun simple.

Bahan-bahan
  • sebatang timun ( buang biji dan potong panjang)
  • sebatang lobak merah ( potong panjang )
  • selabu bawang besar dimayang halus
  • sebiji cili besar
  • 4~5 sudu cuka epal
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
cara-cara
  1. campurkan gula,garam dan cuka epal.kacau sehingga gula dan garam larut.
  2. masukkan bawang besar, timun , lobak merah dan cili.
  3. kacau sehingga sebati.
  4. masukkan dulu ke dalam peti ais untuk seketika sebelum dihidangkan.
  5. lebih kurang setengah jam dah boleh dihidang.
* tips: kenapa saya masukkan acar yang siap ni kedalam peti ais?
          sebenarnya untuk menambahkan kerapuhan pada timun dan lobak tu..sejuk2 sedap               dimakan dengan  nasi...cubala ok...



bestnya menjamu selera untuk berbuka..kih..kih..
yang bestnya husband dan anak-anak pun makan bertambah-tambah..hihihi...




Wednesday, February 9, 2011

Pisang..

Balik dari kg hujung minggu lepas, sy dan keluarga singgah di rumah mertua dulu untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita mereka bercuti di Padang,Indonesia..so, sempatla amik pisang...actually banyak pisang yg masak waktu tu..sempatla sy rempat dalam 4 sikat pisang..2 sikat pisang berangan dan 2 sikat pisang emas padang..dan nila hasilnya..kek pisang marble..hihi..


Baki pisang berangan yang saya ada ni sy bawa ke opis.


Fresh from oven.. :P


kek pisang marble yang dah masak..ni tgh panas dari oven ni..hihihi..
xsnap pun gambar tgh potong..
Pagi esoknya saya potong bagi hubby saya bw ke opis sebelah..
suku sy bawa ke opis dan suku lagi untuk seorg teman..
yg tggl kt umah skg cuma kerak2 garing je..hihi..
Alhamdulillah semua habis..
yg penting masak ni ada org nk mkn..baru best nak masak..hihi...
masih ada 2 sikat pisang emas padang..
tggu aktiviti masak seterusnya..hahaha.

Monday, January 31, 2011

Cuti hujung minggu.

Ini adalah projek hujung minggu yang lepas..buat kek coklat dan dadih kiwi untuk familyku..
bukan apa sempena besday kakak ( anak ku yang sulung) awal minggu yang lalu..
so..takde buat jamuan pape just sedekah pada yang dekat2 dan bagi pd kawan-kawan kt ofis je..just a simple...lagipun adik dan kakak masih lagi ada demam dan batuk2..sambil jaga diaorang sempatla sy mengodek dapur..tp buat yang simple ajela..kek coklat kukus @ cup cake coklat dan dadih..hihi..jom layan..kui..kui..


kek coklat kukus


sbb xmuat bekas kukus..bakar jadi cup cake lak..



Dadih kiwi..

Monday, October 18, 2010

Sabtu dan ahad ..

16 Oktober 2010

awal2 pagi sabtu tu selepas siap settlekan semua urusan rumah tangga ...saya mulakan langkah ke 2 saya dengan bakar kek sarang semut yg saya perapkan semalaman tu...
alhamdulillah .. selepas sejam kek ni dibakar ..hasilnya sungguh saya suka..hihihi..sebabnya nila pertama kali saya buat kek ni.syoknya bila jadi elok..hahaha...
tp sygnya x sempat nk snap gambo kek tu sbb dah abis..hihi...

Resepi kek ni saya amik dari forum WMC kat celoteh dapur..syoknya leh kongsi2 info kat c2..suka tui saya..thanks ye kawan2..

sayangnya satu hari ni saya x sempat pun nk pegang mesin jahit maupun kain saya untuk menjahit...huhu..sedey tui..tp xpela asalkan leh masak pun dah cukup leh release dah..hahaha

17 Oktober 2010

Sangkakan hari ni leh pegi jalan2..tp hujan renyai dah diawal pagi..buat syok tdo je..huhu..
dengan sarapan nasi goreng special dan air milo suam...sambil menonton cd alif ba ta si comey ku...hemm...boring gak ni klu seharian dok umah..hahaha
bila kakak ikut ayah ke bengkel tuk repair kete ku..saya pun mangambil peluang untuk memasak menu baru hihihi...
'MUFFIN MARBLE PISANG COKLAT..'
bila adik dah tido saya pun mulakan langkah selaju mungkin hahaha...
( macamla pro sgt wat muffin ni..padahal terhinggut-hingut gak )

mengikut resepi dari blog kak Maisya akhirnya ...inila hasilnya...
wah sungguh syok saya sebab menjadi elok (perasan sorang2 )...hihih
nila hasilnya..hihi... 2 variasi yang saya buat..separuh bakar dan separuh lagi saya kukus..
betul kata kak maisya..yg bakar lebih sedap...nyum..nyumm..


ni yang saya bakar



dan yang ini yang saya kukus..

semuanya saya dapat dalam 13 biji bersaiz yang di atas..
syok sungguh..
nnti ada pisang masak leh wat lg ye..hihi..
nyumm..nyum..