Thursday, August 14, 2014

Juadah berbuka dibulan syawal..

Assalamualaikum....
lama gak tak menulis kat cni ..eh ye ke?
a'ala....tak sempat nak menulis idea banyak sebenarnya...kih..kih...
emmm...hari ni nak story mory tentang hari memasak ..hihih
Entah kenapa semalam macam hendak masak special ckit untuk anak-anak dan suami...hihihi..
jadi dengan gighnya ku google la menu yang kunak buat.. 
menu utama  --> Daging kambing...

gigihnya dari satu blog ke satu blog masak ku jelajah melihat resepi yang mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada kat umahku..hihihi... >( kes xleh nak singgah kedai runcit selepas balik kerja )

akhirnya ku jumpa satu blog yang betul-betul kena dengan apa yang kuada..kih..kih...
ni blognya : blog lina_pg
 ni resepi dari blog kak Lina tu..

RESEPI GULAI DAGING KAMBING BAWANG GORENG (TANPA SANTAN)
Sumber : Kak Zana PB
Resepi di bawah adalah olahan dan cara LiNa Pg, rcp asal refer ke bloh kak PB
Bahan-bahan:

  • 1 kg daging kambing (LiNa Pg guna yg ada tulang)
  • 1 paket rempah gulai bunga ros
  • 1/2 paket rempah masak bunga ros
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 1/2 in halia (blend)
  • 1/2 in lengkuas (blend)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 cawan bawang goreng - ramas/hancurkan
  • 1- 2 sudu besar susu manis (guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket)
  • 1 tin kecil tomato puri (boleh ganti dgn sos tomato)
  • 3 ketul ubi kentang (potong 4)
  • 2 sudu besar kicap manis (jika suka)
  • 2 sudu besar sos tiram (jika suka)
  • air secukupnya
Bahan tumis
  • 2 in kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Minyak
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi.
  3. Masukkan gula merah (gula merah akan caramelize bawang-warna jadi merah dan cantik)
  4. Masukkan pes rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap
  5. Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging.
  6. Tambah air hingga paras daging (gulai ni takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu manis
  7. Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan rasa
  8. Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat.

tapi saya masak saya olah sedikit mengikut bahan yang ada kat umah saya..

Bahan tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1kuntum bunga lawang
  • sebatang serai diketuk
  • minyak bunga matahari
Bahan-bahan
  • 500-700 g daging kambing
  • semangkuk rempah kari cap O atau satu paket setengah yang paket kecik tu
  • 4 ulas bawang besar (kisar)
  • 7 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 " halia (kisar)
  • 1 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar kerisik/sesenduk 
  • 1 genggam bawang goreng
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 3 ketul ubi kentang dipotong 4
  • 2 tiup sos tomato
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya.
cara-cara nya :
  1. masukkan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau wangi.
  2. masukkan bahan kisar.tumis sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan gula merah dan kacau rata.
  4. masukkan rempah kari yang dah dibancuh bersama sedikit air panas atau air suam.tumis sehingga pecah minyak.masukkan 2 tiup sos tomato.kacau rata.
  5. Masukkan daging kambing ,gaul sebati. Biarkan seberapa ketika agar rempah mesra ke dalam daging tersebut.
  6. Tambah air sehingga menenggelamkan daging tersebut.masukkan bawang goreng yang dihancurkan atau rimas , kerisik dan susu pekat manis.kacau hingga sebati.
  7. Masak sehingga daging empuk dan masukkan kentang.selepas itu masukkan air asam jawa.
  8. apabila kentang dah empuk bolehla masukkan bahan rasa secukupnya.
  9. Akhirnya renehkan sehingga kuah pekat. selamat menjamu selere

inilah hasilnya gulai daging kambing bawang goreng saya..walawehhh...

disebabkan syoknya layan blog-blog masak tu..saya pun temasakla juga nasi hujan panas dan acar timun.
untuk nasi hujan panas saya ambil resepi disini. saya ubah sedikit mengikut bahan yang ada kat umah saya.




Nasi dah ada lauk dah ada...ala kena tambah sayur jadi saya pun buatla acar timun simple.

Bahan-bahan
  • sebatang timun ( buang biji dan potong panjang)
  • sebatang lobak merah ( potong panjang )
  • selabu bawang besar dimayang halus
  • sebiji cili besar
  • 4~5 sudu cuka epal
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
cara-cara
  1. campurkan gula,garam dan cuka epal.kacau sehingga gula dan garam larut.
  2. masukkan bawang besar, timun , lobak merah dan cili.
  3. kacau sehingga sebati.
  4. masukkan dulu ke dalam peti ais untuk seketika sebelum dihidangkan.
  5. lebih kurang setengah jam dah boleh dihidang.
* tips: kenapa saya masukkan acar yang siap ni kedalam peti ais?
          sebenarnya untuk menambahkan kerapuhan pada timun dan lobak tu..sejuk2 sedap               dimakan dengan  nasi...cubala ok...



bestnya menjamu selera untuk berbuka..kih..kih..
yang bestnya husband dan anak-anak pun makan bertambah-tambah..hihihi...