Showing posts with label celotehku. Show all posts
Showing posts with label celotehku. Show all posts

Friday, March 11, 2016

majlis meraikan staf di arkitek 2016


assalamualaikum...
mac dah sampi di pertengahan dah..
alhamdulillah kali sambutan birthday diopisku disambut seperti biasa malah lebih meriah bila ada komitmen dari semua staf..rasa syok plak...hahahha..
ni kek yg ditempah khas untuk mereka yang diraikan.. 
 2 biji kek sebab untuk sambut yg thn lepas dr bulan9 ~bulan 12..
almaklumlah baru sempat nk meraikan mereka atas sebab opis direnovate waktu tu..



tempahan kek red velvet dan ice cream kek  untuk semua yg diraikan.
so dapat ler makan kek ari ni..
alhamdulillah..

ice cream kek..
perisa buttercoth dan strawbery.

red  velvet kek

tengah menanti staf yg lain-lain




ni antara mereka yang diraikan... 

kppa kami en sazali..



staf ceria nurhidayah

kak sharina staf baru ..baru masuk ark balik dalam bulan mac gak..


haji sholimin

orang kuat arkitek  en saiful Anuar

 dan turut meraikan adik training wan khusairi yang akan habis praktikal hujung bulan mac gak.
tahniah ye wan..
moga terus success okey..

mereka yang dirai.sorang lagi tak ada kat sini








ucapan dari adik praktikal


yang bawah ni adegan makan kek ajer..

jom layan...
buat kenangan ni..


mazliana yg kyusuk

un yg tengah kontrol senyum

second boss.. cik lidza

orag kuat majlis pn zakiyah

kak ina


orang kuat arkitek..en saiful..hihihi

maz yg ceria..


okey yg blakang tu aku bertudung peach.
yang bertudung oren tu kak khuzaiti...orang kuat dapur...
kalau xde dia..xdela minuman ye...hihihi..



Wednesday, July 15, 2015

Syawal mula terasa..

Assalamualaikum...

hanya tinggal beberapa hari saja lagi ramadhan akan pergi dan syawal akan menjelang..
terasa cepatnya masa berlalu dan kerdilnya diri kerana masih belum mampu sepenuhnya memenuhi ramadhan dengan amal yang sepatutnya..masyaAllah...
moga di ampunkan dan dipermudahkan segala urusan disaat-saat hujung ramadhan ini untuk bertemu malam lailatul Qadr...

Dengan syawal yang makin hampir ni anak-anak lah yang beria-ia dengan persiapan dirinya.
Nak kasut baru , mana baju barunya , mana tudung barunya...dan sebolehnya sebagai ibu memang ku mau berikan yang terbaik untuk mereka. seboleh-bolehnya mau yang terbaik buat mereka.

kali ni  sempat buat 2 pasang baju untuk si kakak dan kak ngah..untuk hero buat kurta aje..
jom layan gambo..hihihi...


baju kak ngah n little indah hannani



 baju kurta adik muhammad 


ok ni baju daku ok...
alhamdulillah siap gak akhirnya..hihi




eh ni bukan kakak atau kak ngah yang punya..
ni  tempahan customer cilik ummi..
moga bergaya dan berserila dia di pagi raya...




okla semua selamat hari raya 
maaf zajir dan batin.
bagi yang pulang ke kampung ziarahila sanak saudara yang masih ada...
dan semoga pulang dengan selamat okey...





Wednesday, July 8, 2015

Wordless wednesday...

Assalamualaikum.... dah masuk fasa ke ramadhan 1436 H..............
Moga sempat mengaut semua keistimewaan di fasa ke 3 ini..insyaAllah..

Monday, June 22, 2015

Pilihan set berpantang..

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dah masuk 5 Ramadhan hari ni dan dah genap 24 minggu 1 hari kandungan saya hari ini..Alhamdulillah ...syukur sangat diberi kesihatan yang baik sepanjang ramadhan yang berlangsung ni,moga berterusan sehingga penghujung ramadhan dan syawal yang akan tiba... InsyaAllah..

Emmm....orang dok sibuk cari dan google baju pattern apa nak pakai raya tahun ni daku dok sibuk google set pantang yang terbaik untuk sepanjang pantang nnti.Almaklumla kali ni kata husband ku dia nk jaga daku sepanjang pantang ni insyaAllah...jadi ku google set yg mudah untukku dan dia uruskan daku nnti....walaupun baru 6 bulan namun persediaan awal dan maklumat awal untuk setiap set pantang tu sangat penting bagi ku...

Sewaktu pantang anak ke 3 dulu ku ambil set pantang Tanamera. Padaku bestla dengan semua kelengkapan yang ada dengan harganya yang mencecah rm 350 dan setnya lengkap dari mandian sehingga minyak urut bagai.. meh kita tengok set pantang tanamera...

Dalam standard set terdapat:

 Virgin Coconut Oil (100ml) , 
Brown Soap (125g), 
Herbal Massage Oil (100ml), 
Herbal Bath (10g X14),
 Herbal Wash (10g X14), 
Boreh Body Scrub (20g X4), 
Firming Herbal Paste (15g X14), 
Calming Herbal Paste (3g X4),
 Herbal Tea (20g X14), 
Bengkung 
Lavender Floral 


ok tu dia set dia..memang best bagiku sebab ada mandian herba dan basuhan herba untuk miss intim jugak.  Jadi tak perlu la kalut nk kena cari segala-gala daun herba yang kadang-kadang susah nk dapat dah walau kat kampung kan..Jadi waktu tu daku dah mudahkan tugas makku  menjaga time pantang alhamdulillah...Yang paling kusuka dalam set tanamera ni ialah virgin coconut oil dan herbal massage oil mmg ummmphhhh....

Virgin coconut oil tu dah boleh digunakan dari usia kandungan 24 minggu dimana saat ni perut tengah merengang dan mulalah strech nak muncul dan ada effect gatal-gatal sikit. So.. sapu minyak ni sangat memberi kelegaan pada kulit perut ku.. Herbal massage oil yang mengandungi serai wangi ni sangat harum dan best disapu pada perut betis saat kelelahan berdiri dan berjalan lama.Best sapu time nak tidur tu sangat melegakan...

ehhh..review ku panjang plak psal ni... bukan dapat upah tau cuma nak berkongsi pengalaman penggunaan set ini..Cuma padaku..  tak semua 11 barang tu habis ku pakai.. Sayangnya pada tahun 2013 tu hanya dijual secara set untuk semua item-item dalam tu , yang jual loose hanya virgin coconut oil dan herbal massage oil tak silap.. jadi nak tak nak kena beli satu set gak untuk semua...sehingga kini masih ada berbaki sesetengah item tu yang tak habis ku pakai. Maklumla waktu pantang dulu nak berjimat pastu dah tak sempat pakai bila ditgh bulan pantang...huhuhuhu...



Jadi untuk tahun ni ku dah buat servey dan google tentang set tanamera lagi dan ku mencari juga set tambahan untuk dalaman yang boleh makan sehingga time daku menyusu nanti. SO, pilihan telah dibuat ..insyaAllah.. Dari servey yang ku buat dan ku dah ambil keputusan nak gunakan beberapa item set luaran dari set pantang Tanamera dan set dalaman ku pilih set pantang Shaklee.

ku dah pilih set Pantang shaklee kerana sepanjang kehamilan ini memang set ini yang ku amalkan untuk kesihatan badan dan bekalan nutrisi-nutrisi penting untuk diriku dan bayiku. Set kehamilan shaklee ni boleh terus dimakan sepanjang kehamilan dan ada add on untuk sepanjang pantang dan boleh diteruskan sehingga habis pantang dan bagus untuk menyusu anak. Ini dia set kehamilan shaklee yang ku amalkan...


jadi untuk dalam pantang ku cuma perlu add ons 3 item lagi iaitu

 

dan boleh gak nak tambah satu item lagi

Hihihi....semua 3 item add on tu sangat bagus dan boleh tengok kat SINI  kepentingan dan kebaikan semua vitamin kat atas tu..


Manakala set tanamera ku dah pilih untuk beli beberapa item yang berkaitan. Alhamdulillah tahun ni ku jenguk web  Tanamera.com dah mula menjual item-item tersebut secara loose, rasanya since 2014 kot diaorang jual loose ni.. jadi boleh pilih apa yang kita mau saja ok..hihi..jadi boleh berjimat tanpa pembaziran..eewahhh...hihi.. nak tangok web tanamera boleh klik sini..

ku nak kongsi antara beberapa item yang ku pilih dari set tanamera .
tapi belum beli lagi ye...baru dok review lagi..hahahhaha

Cold press virgin coconut oil

Brown soap tanamera

Herbal bath

Herbal feminen Wash


Herbal Massage Oil


Boreh Body Scrub


ok semua tu antara yang ku angan-angan nak beli..hihihi... tak tahula angan-angan ku akan menjadi kenyataan atau tak kita tunggu hingga saat-saat nya nanti..Dah beli nnti ku update sini ok...hahahhahah.. mak yong yang kuat berangan skg...

okla sampai sini dulu celoteh mak yong...nanti ada kesempatan kita coret-coret lagi ye.... selamat berbuka..  :)