Wednesday, January 23, 2008

Usirlah kekosongan Dengan Kesibukan.



Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas desus yang tak bermanfaat.Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah dan......ALLAH berfirman"Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang di tinggalkan(kerana uzur)......( At-Taubah)Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa.Orang seperti itu ibarat kereta yang berjalan dengan kelajuan yang tinggi namun tiada pemandu.Justeru itu,ia akan mudah terhuyang-hayang ke kanan dan ke kiri.Bila satu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan,bersiaplah untuk bersedih,gundah gulana dan cemas.Sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan mengerawang ke mana-mana.Dari mengingat kegelapan masa lalu,menyesali kehampaan masa kini,hingga mencemaskan masa depan yang belum tentu anda tempuhi.dengan itu ia akan membuatkan akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan.


Maka dari itu saya menasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya ialah membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan merosak diri dengan dadah.Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina iaitu mereka meletakkan tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah biasanya seseorang itu akan menjadi stress dan seterusnya akan menjadi gila.Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri professional sedangkan akal merupakan perwira yang dapat melawan mengoyak pertempuran khayalan ini.


Kerana itu bangkitlah sekarang juga.Kerjakan solat,penuhi masa dengan membaca buku,bertasbih, mengkaji, menulis,mengemas kan meja kerja,mengemaskan bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengisi kekosongan itu.Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan kegiatan yang bermanfaat.Bunuhlah setiap waktu yang kosong itu dengan "pisau" kesibukan.Dengan cara itu,doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani,nelayan dan para buruh kasar.Mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam yang bebas.Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil yang empuk tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.
(Nukilan : dari email seorg sahabat)