Thursday, May 29, 2014

Tip untuk mak bapak dr DR Shukri.

Tip dr DR SHUKRI
 Peringatan untuk mak bapak , bakal mak bapak ...


Bila bangun di tengah malam ... jam 2, 3 atau 4 pagi, pergi jengok di bilik anak ... tidur atau masih berinternet (fb, WA, skype dll) atau bergame.
Bilik berkunci?

No .... dalam rumah sendiri jangan berkunci kalau tidak dia boleh menggila buat macam2 dgn komputer dan smartphone.

Sebab itu salah satu cara kawal dan bataskan pengaruh buruk internet dan smartphone ialah:

1. Komputer hanya boleh digunakan di tempat terbuka dlm rumah.

2. Salepas dan sebelum jam tertentu smartphone wajib dimatikan ... kalau tidak bila dia nak studi ? Studi ada phone sebelah tak dimatikan .. karut. Anak ada bisnes import-eksprt ke? (Kenapa izin anak pakai smartphone ... tak smartlah mak ayah ni).

3. Peraturan paling besar ... jangan bagi keluar rumah selepas Maghrib KECUALI TERLALU PENTING DAN DENGAN IZIN DAN TEMAN MAK AYAH.
Boleh buat peraturan gitu?
Kalau tak boleh dan anak ... lelaki / perempuan ... jenis yg malas belajar ... tunggulah saat penyesalan wahai mak-ayah. Kita Mak-Ayah kan ? Kita ada amanah dari Allah didik anak kita.
Bukan bela dan ternak, tetapi asuh dan bimbing anak.

* nota kaki
: kadang -kadang kita beli tab n smartphone untuk anak supaya xganggu keje atau urusan kita..tap kita lupa bhw kita memberi benda2 tu adalahuntuk menjarakkan hubungan kita dan anak-anak...huhu
sama-sama amik ikhtibar ye...
*gambar :ihsan google

Wednesday, May 28, 2014

Tip menjaga buah pinggang

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


#nota kaki : kn bersyukur sbb buah pinggang kita masih elok jadi sebelum dia jadi x elok amalkan yg elok tuk buah pinggang yg sihat ok...dah sakit xguna nk nyesal ye..

*credit tuk kawan yang kongsi ni..

Lasagna- resepi

assalamualaikum...
hihi hari ni nk kongsi resepi lasagna roti...
amik dari-kawan-kawan yg sudi berkongsi..credit tuk dia ye..

jom sapa-sapa free lehla cuba mmg best arr tgk ni..
saya..emm...emmm. blum cuba blum ada kesempatan lg..huhuhuh

Resepi:
6-8keping roti gardenia
4 biji telor
buttercup
250g mozzarella cheese
6-7 keping chesdale (cheddar cheese)
1 cwn susu segar (low fat milk dutch lady..nk guna brand lain pun bole)
Inti:
3ulas bwg putih - dicincang
1 biji bawang besar kuning - dimayang kasar
4 keping daging burger ramly - dicincang (guna minced beef pun bole.terpulang pd citarasa msg2)
Sos prego original
Sos cili life
Lada sulah
Bahan tambahan - sosej, cendawan butang (ikut citarasa)
Cara2:
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan, masukkan daging, sos prego, sos cili, lada sulah dan bahan tambahan. Masak hingga kering dgn api kecil.
Pukul telor dan susu hingga sebati. 
Potong roti ikut citarasa dan acuan msg2. Sapukan butter di setiap kepingan roti, celup dalam bancuhan td. Susun rapat2 dalam acuan, letakkan cheese diatas.Lapiskan inti yg sudah dimasak td.Ulang susunan cheese td jika perlu lebih cheese atau taburkan mozzarella cheese dan teruskan dgn susunan roti seperti lapisan bawah.Tuangkan lebihan telur diatas roti. Taburkan mozzarella cheese di atas dan bakar. Bakar 25-30minit dengan suhu 180'.
Utk cheese lover, potong dan letakkan sekeping chesdale..panas kan dlm microwave selama 2minit. Siap...


Wednesday, May 21, 2014

Aiskrim mealshake & vanilla

RESEPI AISKRIM MEAL SHAKE & VANILA
Bahan-bahan :
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat (jika tak suka manis boleh kurangkan)
1 sudu besar ovelett
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh add on :
1 sudu esp
1 sudu mealshake
8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)
Pukul lagi dalam 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.
Dah siap, dan boleh dikeraskan.
Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 dan seisi keluarga..
*boleh cuba gantikan strawberry n choc ni dengan biskut oreo


* sumber dari FB BUKU RESEPI 

Doctor bag


size: 23 x 34 x 10 cm
handle : pvc handle 60cm 
Outter fabric : 100% designer cotton and 100 % japanese cotton
inner Fabric : 100% japanese cotton
closure: Jacket zippper 40cm
inside : zipper pocket n 2 small pocket.
Price : Rm150 not include postage.

Bahagian depan

Pandangan sisi



Pandangan sisi pada label

pandangan pada zip

pandangan dalam