Showing posts with label kisah anak-anak. Show all posts
Showing posts with label kisah anak-anak. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

KONVO kakak dan angah

assalamualaikum...
alhamdulillah masih diberi nafas untuk bernyawa dimuka bumi ini..
moga setiap hari  penuh rahmah dan barakah serta penuh dengan keinsafan atas semua perkara.

eewahh..eewahh..mukadimah leh tahan..
ok nak kongsi dan bercerita tentang tajuk kat atas tu...hihihi

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN PADANG BESAR..



Muhammad pun xcited nak tengok kakak ambil hadiah

kak Ngah tengah ambil hadiah- dapat sijil n Muq


ni kakak pulak.hadiah sama je.


kak ngah senyum kn paksa sbb nak minta kamera kat ummi...hihihi

ayah dan muhammad...lapo la tu makan keropok dan air kotak laici je.


muhammad nk buat gaya rap..aduhai..yo ooo je adik ni..

Kakak dapat tempat hadiah tempat pertama kelas 5 tahun kat pasti nurul iman.

Alhamdulillah tahun ni dari tengah tahun lagi kakak pegang no 1.
syukur ya Allah..
moga kakak terus berusaha dan berjaya dimasa hadapan dan menjadi anak yang solehah dan pintar.

waktu ni ayah tengah bagi nasihat kat angah agar teus berusaha macam kakak kalau nak dapat hadiah macam kakak tu..suram aje mukanya..huhuhu





kakak dan angah bersama cikgu pasti. cikgu Nurzuraiwati.



moga anak-anak ummi kak nurul iman nasuha dan nur humayraa faqihah serta mohammad arif amsyar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah ,yang taat akan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah, menjadi cendiakawan islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.Aminnn

Friday, September 12, 2014

Masa bersama

Assalamualaikum...

citer anak-anak...memang macam-macam kan...gelak ketawa mereka bermain memang meriuhkan suasana rumah.kadang-kadang sampai rumah jiran terdengar suara mereka ketawa bermain...macam-macam gurau senda dan permainan yang keluar ..asalkan happy ketawa saja..bila sakit nangis, gaduh kejab selepas tu ketawa lagi...hemm..dan yang paling ummi pun xtahan, berselerak rumah dengan mainan diaorang ..adu haii..kadang-kadang naik temper gak ummi...huhuhuh...sabar ajela...anak-anak kan...huhu..

tapi yang paling happy bila diaorg mula buka buku ..alahai...pas mandi solat maghrib..masing-masing ambil buku..ada je projek buku diaorang.
xkisahla mewarna atau menulis atau melukis...hihihi..


masing-masing kusyuk je..hihi

kakak memang suka tolong adik...tengok tunjukkan kat kak ngah cara nk buat kerja buku tu..hihi.

yang sorang lagi ni buat hal sendiri...bina kotak n main kotak..hahaha...

waktu begini memang senyum je tengok kelakuan anak-anak.. 
terasa bahagia di situ..syukur ya Allah..
alhamdulillah..