Assalamualaikum semua..
Apa khabar ? Moga ramadhan di hari ke 3 ini penuh rahmat dan keberkatan untuk kalian...
Hamil kali ini membuatkan saya lebih banyak membaca info-info tertentu dan maklumat yang berkaitan , maklumla bila usia semakin berganjak kekadang mudah lupa pada perkara yang sebelum ini pernah dialami.. terutama bab mengidam ni...
kawan-kawan macam mana bila masa datang mengidam ? ada yang mengidam yang aneh-aneh x?
kadang-kadang tu ada yang mengidam sesuatu yang susah didapati seperti buah-buahn yang bukan musimnya...kalau mengidam yang mudah dan senang dapat xde masalah kan..insyaAllah ..teman sebantal akan berusaha untuk mencarinya kan..betul tak? hihihi...
ok ini ada sedikit tip dari pembacaan saya...moga berguna untuk panduan kita semua.. insyaAllah...
Panduan atasi rasa mengidam
1. Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Jadi , anda digalakkan mengambil makanan seimbang 6 kali sehari.
2. Sekiranya rasa mengidam menguasai diri, lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli belah atau menonton wayang. Sebagai muslim saya menyarankan agar melakukan aktiviti berzikir atau pun membaca Al-quran, insyaAllah banyak membantu sebenarnya.
3. Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor. Boleh juga lakukan hobi kesukaan anda seperti membaca novel, menyulam atau menjahit.
4. Jika mengidam makanan yang tinggi kalori , dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
5. Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya , pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah ketika hamil.
Info petanda mengidam :
~ Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok , situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
~ Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat.
~ Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
~ terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak, Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.
* sumber rujukan --> Pa& ma , goggle