Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, June 20, 2015

Panduan Atasi rasa mengidam.

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ? Moga ramadhan di hari ke 3 ini penuh rahmat dan keberkatan untuk kalian...

Hamil kali ini membuatkan saya lebih banyak membaca info-info tertentu dan maklumat yang berkaitan , maklumla bila usia semakin berganjak kekadang mudah lupa pada perkara yang sebelum ini pernah dialami.. terutama bab mengidam ni...

kawan-kawan macam mana bila masa datang mengidam ? ada yang mengidam yang aneh-aneh x?

kadang-kadang tu ada yang mengidam sesuatu yang susah didapati seperti buah-buahn yang bukan musimnya...kalau mengidam yang mudah dan senang dapat xde masalah kan..insyaAllah ..teman sebantal akan berusaha untuk mencarinya kan..betul tak? hihihi...



ok ini ada sedikit tip dari pembacaan saya...moga berguna untuk panduan kita semua.. insyaAllah...


Panduan atasi rasa mengidam


1. Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Jadi , anda digalakkan mengambil makanan seimbang 6 kali sehari.

2. Sekiranya rasa mengidam menguasai diri, lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli belah atau menonton wayang. Sebagai muslim saya menyarankan agar melakukan aktiviti berzikir atau pun membaca Al-quran, insyaAllah banyak membantu sebenarnya.

3. Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor. Boleh juga lakukan hobi kesukaan anda seperti membaca novel, menyulam atau menjahit.

4. Jika mengidam makanan yang tinggi kalori , dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan yang berlebihan.

5. Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya , pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah ketika hamil.


Info petanda mengidam  :

~ Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok , situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.






~ Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat.


~ Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.

~ terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak, Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.


* sumber rujukan --> Pa& ma , goggle

Friday, July 11, 2014

Promosi julai

Assalamualaikum...

eh julai dah masuk 11 hari dah..
cane boleh lupa nk update info ni..

okey kawan-kawan..bulan ni shaklee promosi kan vivix ye.

beli 6 percuma 1.



beli 1 viviX anda akan dapat satu botol vivix.
beli 2 vivix anda akan dapat keahlian percuma dan dapat bonus 15hb bulan depan ye
beli 6 botol vivix anda dapat percuma 1 vivix dan dapat bonus 3 angka di tengah bulan depan ye. ( boleh kongsi dengan kawan-kawan atau saudara-saudara ye)

apa lagi jom rebut peluang.
memang tonic terbaik.


Dengan manfaat yang mampu membuatkan anda tersenyum selepas menggunakannya. 

Antara manfaat vivix.
  • untuk anti penuaan
  • untuk perlindungan antioksidan
  • menyokong kesihatan jantung
  • menyokong kesihatan sendi
  • menyokong sistem imun badan
  • menyokong kesihatan keseluruhan





berminat????





#pengedar shaklee perlis
lovetinimade@gmail.com
hartini zulaikha
0195057535




Wednesday, May 28, 2014

Tip menjaga buah pinggang

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


#nota kaki : kn bersyukur sbb buah pinggang kita masih elok jadi sebelum dia jadi x elok amalkan yg elok tuk buah pinggang yg sihat ok...dah sakit xguna nk nyesal ye..

*credit tuk kawan yang kongsi ni..