Showing posts with label teknik didik anak. Show all posts
Showing posts with label teknik didik anak. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Tip untuk ibu bapa

Assalamualaikum....semoga sihat semua pembaca blog ye..
hari ni dok berjalan-jalan (fb walking) sy terjumpa tip ni.
sy copy dan share di sini sebagai panduan dan ingatan untuk saya .
Agar tip ini menjadi panduan saya saat saya hilang arah tuju maupun diuji dengan sesuatu yang hanya Allah saja yang tahu.
jadi untuk anda semua moga ia bermanfaat juga untuk anda...

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Sumber: prof dr.muhaya
gambar:google

Thursday, May 29, 2014

Tip untuk mak bapak dr DR Shukri.

Tip dr DR SHUKRI
 Peringatan untuk mak bapak , bakal mak bapak ...


Bila bangun di tengah malam ... jam 2, 3 atau 4 pagi, pergi jengok di bilik anak ... tidur atau masih berinternet (fb, WA, skype dll) atau bergame.
Bilik berkunci?

No .... dalam rumah sendiri jangan berkunci kalau tidak dia boleh menggila buat macam2 dgn komputer dan smartphone.

Sebab itu salah satu cara kawal dan bataskan pengaruh buruk internet dan smartphone ialah:

1. Komputer hanya boleh digunakan di tempat terbuka dlm rumah.

2. Salepas dan sebelum jam tertentu smartphone wajib dimatikan ... kalau tidak bila dia nak studi ? Studi ada phone sebelah tak dimatikan .. karut. Anak ada bisnes import-eksprt ke? (Kenapa izin anak pakai smartphone ... tak smartlah mak ayah ni).

3. Peraturan paling besar ... jangan bagi keluar rumah selepas Maghrib KECUALI TERLALU PENTING DAN DENGAN IZIN DAN TEMAN MAK AYAH.
Boleh buat peraturan gitu?
Kalau tak boleh dan anak ... lelaki / perempuan ... jenis yg malas belajar ... tunggulah saat penyesalan wahai mak-ayah. Kita Mak-Ayah kan ? Kita ada amanah dari Allah didik anak kita.
Bukan bela dan ternak, tetapi asuh dan bimbing anak.

* nota kaki
: kadang -kadang kita beli tab n smartphone untuk anak supaya xganggu keje atau urusan kita..tap kita lupa bhw kita memberi benda2 tu adalahuntuk menjarakkan hubungan kita dan anak-anak...huhu
sama-sama amik ikhtibar ye...
*gambar :ihsan google