SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB DAY 11 PART 1
ANAK 4-5 TAHUN.
Pada usia ini adalah lebih senang bercakap dengan anak anda kerana mereka sudah boleh memahami arahan. Namun itu tidak bermaksud mereka akan mendengar segala arahan anda kerana pada usia ini mereka juga mempunyai idea mereka sendiri dan mahukan kita mendengar idea mereka juga.
Selain itu mereka sangat suka bertanya itu dan ini. Kadang-kadang itu tidak berhenti sampaikan anda pening. Pernah ibu ditanya mengenai perkara seperti ini. Ibu yang bertanya itu menyatakan anaknya tak berhenti bercakap dan bertanya soalan. Sampai dia tidak boleh berfikir. Penat nak melayan katanya. Dia meminta pertolongan ibu apa hendak dibuat.
Jawapan ibu; dengarkan dan layankan saja. Puan tidak akan mendapat lagi masa yang sebegini dimana anda adalah rujukan utamanya dalam semua perkara yang dia hendak tahu. Layankan. Ini cuma satu fasa yang jika puan guna dengan baik akan menjalinkan pertalian yang sangat rapat dengan anak anda itu. Jika tidak tahu jawapannya, katakana saja tidak tahu. Dan ajak dia mencari jawapan bersama di dalam buku-buku atau komputer. Inilah masa untuk memperkenalkan NIKMAT MEMBACA!

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 11
PART 2
Anak pada usia ini perlu diberi bermain di luar dengan aktif bersama kawan-kawan. Pada usia ini seorang anak itu sudah mula pandai berkawan, bertolak-ansur, berkongsi dan menunggu giliran. Sepatutnya dia juga boleh bertolak ansur dengan adik-adik atau abang kakaknya. Jika ini tidak berlaku, masalahnya adalah bukan kerana dia tidak pandai bergaul tetapi terdapat perasaan dengki yang disebabkan cara anda sebagai ibu bapa membahagi kasih sayang dan mempamerkannya kepada dia.
Jika itulah masalahnya, maka usahakanlah untuk menunjukkan kasih-sayang kepadanya dan perlu dikatakan dan ditunjukkan bahawa kasih-sayang anda kepada setiap anak-anak anda adalah sama.

FB DAY 11 PART 3
ANAK USIA 4-5 TAHUN
Pada usia ini, anak anda akan ‘curious’ dan ‘explore’ untuk mengetahui mengenai alat kelaminnya dan orang lain. Ini TIDAK ada kaitan dengan anak itu akan jadi kuat seks atau tidak! Ini hanyalah satu tahap pembelajaran yang naluri bagi manusia.
Mungkin anak anda akan meneliti alat kelamin adiknya atau yang sepertinya. Jika anda ternampak, RELAKS, buat bersahaja dan menerangkan apakah benda itu dan fungsinya secara sainstifik. Terangkan dengan TENANG.
Jika anda sebagai ibu bapa ‘melatah’ dan menuduh anak itu dengan tuduhan yang buruk dan berkait dengan seks pula, maka inilah yang memberi kesan negatif terhadap anak itu mengenai seks bila dia sudah remaja nanti. Satu kepercayaan buruk boleh tertanam dengan ‘latah’ anda itu, iaitu ‘seks adalah kotor’.
Cara hendak mengatasinya ialah anda perlu berfikiran kehadapan. Sebelum dia mahu bertanya dan tahap ini sampai, anda sudah membeli buku dan telah mula bercerita sedikit sebanyak. Dalam masa yang sama, walaupun telah bercerita, mereka tetap akan lebih hendak tahu dan hendak explore.

FB DAY 11 PART 4
ANAK USIA 4-5 TAHUN
Lagi satu soalan yang sering memeningkan ibu bapa ialah bila anak mereka bertanya; ‘Mama, saya datang dari mana. Macamana saya boleh jadi.’ Soalan begini dipanggil soalan ‘ The birds and bees’.
Setengah ibu bapa tersipu-sipu menjawabnya. Tak perlu tersipu-sipu. Jawap dengan bijak dengan menggunakan ilmu Sains. JANGAN pula mereka-reka cerita yang bukan-bukan dan jangan juga menyuruh mereka diam dan memarahi mereka kerana bertanya.
Nanti ibu akan kongsikan cara yang ibu gunakan. Anda boleh ikut jika sesuai : )

FB DAY 11 PART 5
UMUR 4-5 TAHUN
Di sini ibu kongsikan sedikit penulisan ibu yang ibu petik daripada buku ibu ‘Membina Anak-Anak Cemerlang’. Sama ada kita benarkan atau tidak, tiba masanya anak-anak akan melihat dan memeriksa bahagian tubuh mereka. Ini terjadi ketika umur mereka menjangkau 3 hingga 6 tahun. Sekiranya mereka mempunyai adik-beradik yang agak sebaya, tetapi berlainan jantina, mereka mungkin akan sedar mereka sangat berbeza dari segi fizikal. Mungkin mereka akan bertanya mengapakah ada perbezaan. Nasihat saya kepada anda semua, bertenang dan terangkan kepada mereka secara terus-terang dan mudah.
Anak-anak tidak mempunyai apa-apa pandangan tentang seks. Mereka menerimanya daripada anda. Sekiranya anda sering berasa malu apabila tajuk ini diketengahkan, fikirkan apakah kepercayaan yang didapati oleh mereka mengenainya. Ingatlah, sekiranya mereka bertanyakan tentang tajuk ini, mereka sebenarnya benar-benar ingin tahu. Mereka bukan bersikap nakal atau jahat. Mereka hanya ingin belajar. Oleh yang demikian, ambil kesempatan ini untuk berkongsi pengetahuan ini dengan cara yang betul dengan mereka.
Saya teringat ketika saya ditemu ramah di televisyen tentang tajuk pendidikan seks. Penemu ramah program itu berkata, dia amat takut untuk menghadapi hari di mana anak kecilnya akan bertanya, “Ibu, bagaimanakah saya boleh dilahirkan?” katanya. Dia sedar bahawa dia mesti bersedia untuk menjawabnya sebelum ditanya. Satu corak pemikiran yang baik. Itulah yang sepatutnya dibuat oleh semua ibu bapa. Bersedia.
Apakah pula yang telah saya lakukan ketika ditanya oleh anak-anak tentang soalan itu? Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya kebijaksanaan untuk menjawab soalan itu. Saya masih ingat, saya membuat keputusan untuk mengajar anak saya tentang perkara ini dalam suasana yang bersahaja, penuh kasih sayang, dan riang. Saya mahu anak-anak saya berasa puas hati setelah mendengar jawapan saya. Saya tidak mahu mereka mempunyai tanggapan bahawa seks itu adalah tidak baik. Walaupun ketika itu pengetahuan saya tentang keibubapaan sungguh terhad, saya sedar jawapan saya kepada soalan itu akan mewarnai tanggapan anak-anak saya kepada topik seks ini.
Semua anak saya telah dewasa kecuali anak saya yang bongsu. Saya juga berbicara dengan mereka tentang bagaimana saya memberikan jawapan kepada mereka tentang perkara ini ketika mereka masih kecil. Saya gembira mendengar maklum balas daripada mereka bahawa saya telah membuatkan mereka berasa selesa untuk bertanyakan soalan yang sedemikian pada ketika itu. Saya tidak menyuruh mereka ‘diam’, sebaliknya saya memberikan penerangan dengan bahasa yang mudah tetapi benar. Sesuatu yang mengembirakan mereka ialah saya menggunakan banyak peluang yang ada untuk menerangkan perkara tersebut dengan bersahaja tanpa berselindung kepada mereka.
Anak perempuan saya yang sulung teringat ketika kami menonton filem Look Who’s Talking. Ketika itulah saya menerangkan kepadanya tentang bagaimana bayi diwujudkan. Dia mengatakan babak pengenalan filem itu ada menunjukkan berjuta-juta sperma sedang berenang. Saya menggunakan babak itu untuk menghuraikan kejadian bayi. Anak perempuan saya yang seorang lagi mencelah tentang bagaimana istimewanya kita kerana daripada berjuta-juta sperma itu cuma satu sahaja yang menjadi kita. Kitalah pemenang. Ini yang membuatkan dia terfikir bagaimana istimewanya dirinya.
Dalam semua situasi, apa yang mengingatkan mereka ialah saya telah menjawab semua persoalan itu dengan cara yang mudah. Tiada rasa malu atau perasaan terlarang, tetapi dengan penuh kasih sayang dan gembira. Ini membuatkan mereka berasa tiada apa-apa yang patut dimalukan. Mereka agak terperanjat apabila mendapati ramai antara kawan mereka tidak berpeluang langsung untuk membuka mulut untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang persoalan demikian. Ada antara kawan mereka mempunyai perasaan yang negatif terhadap tajuk yang membincangkan tentang seks. Yang didapati oleh mereka ialah ramai antara kawan mereka yang berpandangan negatif mengenai seks, terlibat dengan hubungan seks ketika masih remaja. Alasannya, mereka tidak dibimbing mengenai perkara ini dan hormon yang terseksa di dalam diri mereka meronta-ronta ingin menyelidik dan merasai pengalaman itu. Inilah yang akan terjadi sekiranya anak-anak kita tidak diberikan bimbingan yang betul tentang perkara ini.
Jangan biarkan wujudnya perasaan malu menyelubungi suasana setiap kali anak anda menyoal tentang topik seks ini. Maksudnya, anda mestilah menyampaikan kepada mereka satu hakikat bahawa seks sesuatu yang indah dengan direstui oleh Pencipta apabila mengikut lunas-lunas yang betul. Ini telah jelas, kerana Tuhan memberikan pedoman tentang perkara ini.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB DAY 11 PART 6
ANAK USIA 4-5 TAHUN.
Jangan risau lebih jika anak anda yang berusia 4-5 tahun ini mula mereka-reka cerita. Mereka bukan bercakap bohong, mereka hanya berkhayal dan berimaginasi. Jika ada yang berbohong, hanyalah kerana mahu menyelamatkan diri. Jika ada juga yang berniat berbohong kerana suka dan mahu memperdayakan orang lain, maka sememangnya itu memerlu pertolongan dan terapi.
Kanak-kana biasa yang pada usia akan bercerita seolah-olah betul akan perkara yang dia olahkan di dalam mindanya. Mereka suka berlakun menjadi mak ayah. Bermain, masak-masak, jadi mak atau ayah, atau Ultraman atau Superman… semua itu bukan mereka sudah pandai berbohong. Mereka sudah sampai usia suka berkhayal dan berimaginasi.
Jika dididik dan diberi pengasahan kebolehan mereka ini, inilah yang boleh menjadi Einstein, Steven Spielberg atau Walt Disney dan ramai mereka-mereka yang hebat menggunakan daya otak kanan dan menggabungkan dengan otak kiri.

FB DAY 11 PART 7
ANAK USIA 4-5 TAHUN.
Biasanya anak pada usia ini
1- Boleh bercakap dengan jelas dan mudah difahami. Tidak pelat sangat, cuma sikit-sikit. Jika terlalu pelat, maka bawalah berjumpa pakar. 2- Suka bermain dengan kawan-kawan dan suka berkawan. Jika anak anda takut dan enggan bermain dengan kawan, selidiklah masalahnya mengapa. Mungkin tidak biasa atau takut keran sering ditakut-takutkan. 3- Boleh menggunakan kaki, tangan dan anggota badan dengan baik. Boleh ‘skip’, melompat dari tempat yang dua kaki tinggi atau lebih dengan selamat. Boleh memanjat dan turun dengan selamat. Sudah boleh menulis dan membuat bentuk manusia dengan ada kepala, tangan, badan dan kaki. Mungkin belum jari-jemari lagi.

Sumber dari : sini
No comments:
Post a Comment