Friday, July 19, 2013

Berkongsi ilmu..

TAHUKAH ANDA?
Sentuhan merupakan suatu aspek yang penting bagi penjagaan bayi terutama sekali waktu sejam pertama kelahirannya ke dunia ini. Sentuhan fizikal secara dekat mampu member kesan hubungan emosi yang mana secara langsung akan membuatkan anda memberi perhatian penjagaan kepada bayi anda.

Bagi bayi yang masih kecil, sentuhan anda mampu meningkatkan emosi pembangunan fizikalnya. Atau dengan kata lain sentuhan ini akan membuatkan anda merasa ‘jatuh cinta’ dengan bayi anda. Kajian mendapati, kanak kanak yang tidak mendapat cukup kasih sayang berpotensi menghadapi masalah apabila dia dewasa kelak.
Mulakan sentuhan apabila bayi anda berada diriba anda dan secara lembut memegangnya dalam pelbagai cara. Jika anda dan pasangan anda memegang dan menyentuhnya dengan kerap, bayi akan tahu perbezaan sentuhan antara anda, pasangan anda mahupun orang lain. Jika anda mahu ‘sentuhan dari kulit ke kulit’ anda harus memegang bayi kecil ketika menyusu atau memangkunya dengan ‘nursing pillow’.

Bayi, terutamanya bayi pra-matang dn juga bayi yang mempunyai masalah kesihatan, memerlukan urutan bayi untuk member kesanyang baik kepada tubuhnya. Kajian mendapati sesetengah urutan boleh memberi kesan yang baik kepada tubuhnya. Kajian mendapati sesetengah urutan boleh member kesan sentuhan dan mampu menolong bayi membesar. Kini banyak buku, majalah atau cd di pasaran yang menunjukkan cara betul mengurut bayi. Walaubagaimanapun, anda perlu juga mendapatkan nasihat doktor. Lakukan urutan dengan lembut kerana tulang bayi tidak sekuat tulang orang dewasa.

Bayi biasanya menyukai bunyi vocal seperti bercakap, menyanyi dan ‘babbling’. Bayi anda juga suka mendengar muzik. Bunyi daripada ‘rattle’ dan muzik telefon bimbit adalah cara lain yang bagus untuk merangsang pendengaran bayi anda. Namun jika bayi anda tidak menunjukkan minat, cubalah pula menyanyi lagu irama nursery, selawat dan juga bacaan suci al-quran.

Sebahagian bayi cukup sensitive kepada sentuhan, cahaya atau bunyi dan mungkin dengan mudah akan menangis dan juga tidurnya mungkin berkurangan daripada yang anda jangkakan. Ataupun dia mungkin memalingkan mukanya kepada anda apabila anda bercakap atau menyanyi. Pastikan juga anda berada dalam suasana yang sunyi dan pencahayaan yang tidak terlalu terang.
Pelukan adalah salah satu teknik yang harus diketahui oleh pasangan yang baru menimang cahaya mata.

Pelukan yang erat akan menyebabkan seluruh anggota badan dan kakinya berada di sisi anda. Bukan sahaja membuatkan bayi anda merasa hangat berada dalam pelukan tetapi ia mampu membuatkan bayi anda berasa selamat dan selesa.
Sumber : PA&MA

No comments: