SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE
DIFB DAY 12 PART 1
ANAK USIA 5-6 TAHUN
TAHNIAH! anda masih bersabar dan cekal hati membesarkan
serta menjaga anugerah Allah ini. Tentu banyak manis dan getir yang telah anda
hadapi.
Anak-anak pada usia ini jika mereka telah dididik
dengan kasih-sayang dan penuh hormat, maka mereka lebih mudah mendengar kata
dan nasihat.
Jika anak itu lelaki, dia akan mahu menjaid pelindung dan menjaga ibu dan adik-adiknya. Kerana
fitrah sebagai seorang lelaki akan lebih ketara. Jika anak itu perempuan, dia
akan suka berkongsi cerita dengan ibunya, dan menjadi puteri (princess)
bapanya. Ayahnya adalah lelaki yang paling dia kagumi.
Itu jika betul parentingnya. Jika anak ini telah
melalui herdik dan caci maki dan melihat keadaan itu sebagai lumrah di dalam
keluarga, maka pada usia ini, mereka begitu petah menggunakan perkataan yang
tidak elok itu (swearing).
Jika anda menerima keadaan yang pertama,
bersyukurlah, usaha anda telah menampakkan hasil. Jika apa yang anda alami
adalah keadaan kedua, maka, boleh bersedih, tapi jangan membenci diri. Perbaiki
diri dan berusaha membetulkan keadaan. Anda masih ada satu tahun lagi untuk
membetulkan 'foundation' bagi pendidikan anda.
If you get the first six years right, the next six
years and the next and the next will be relatively easy.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE
DIFB DAY 12 PART 2
ANAK USIA 5-6 TAHUN
Ada yang bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan
menghormati anak kita itu? Soalan ini sangat bagus kerana ramai orang tersalah
faham maksud HORMAT. Hormat selalu dikaitkan dengan TAKUT. Untuk hormatkan
ketua, perlu takut kepadanya. Ini adalah fahaman yang kurang tepat mengenai
hormat.
Hormat bermaksud menghargai, merasakan orang itu penting dan dia itu istimewa. Oleh itu bola
seorang ibu dan bapa itu hormat kepada anak kecilnya, bermaksud, dia menjaga
kata-kata yang dia ucapkan kepada anak-anaknya. Dia mengambil masa untuk
memahami perasaan anaknya. Doa bersangka baik terhadap anaknya. Dia tegas di
dalam menjauhkan anaknya dari bahaya.
Di dalam pertalian, ramai ibu bapa sayangkan
anak-anak. Namun, masih ramai yang belum faham bagaimana untuk kasih dan hormat
akan anak-anak mereka.
Itulah sebab mereka menghadapi masalah anak-anak
mereka tidak mahu mendengar kata dan berakhlak tidak baik. Kerana cara mereka
mendidik anak-anak, adalah tidak menghormati perasaan anak-anak itu. Anak
diajar dan dipaksa dan bukan ditunjuk dan diajak. Bila menghukum, menghukum
tanpa ada perasaan belas kasihan dan dihukum mengikut perasaan amarah yang
berlebihan. Maka hukuman menjadi tempat melepas dendam dan yang menerima
hukuman mula berdendam.
Anak pada usia ini sebenarnya sudah lebih matang
berfikir kerana mereka sudah hampir menjadi mumayiz. Namun, tanpa pendedahan awal
proses mumayiz akan lambat dan anak itu mungkin payah untuk dinasihat kerana
'reasoning'power tidak diasah sejak kecil.
Mendidik anak ini adalah suatu proses. Jika Allah
mengatakan anak akan mumayiz pada usia 7 tahun, bukan bermaksud 7 tahun tup tup
terus mumayiz. Dia akan bijak membezakan baik dan buruk apabila pentarbiyahan
itu telah dimulakan sedari kecil lagi perlahan-lahan.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB DAY 12 PART 3
ANAK UMUR 5-6 TAHUN
Anak pada usia suka akan garis panduan dan undang-undang.
Mareka berasa lebih selamat bila ada kesan dan natijah. Namun, natijah itu
biarlah suatu yang membina.
Contohnya, anda telah laksanakan undang-undang untuk
basuh tangan sebelum makan. Maka, jika dia tidak membasuh tangan perlu untuk
anda memastikannya dan jika anda telah
mengatakan dia tidak boleh makan jika tidak membasuh tangan, maka jika dia
tidak melakukannya. Anda perlu untuk tidak memberi dia makan sehinggalah dia
menerima undang-undang kecil itu.
Mungkin dia akan mahu memberontak, maka secara
berhemah dengar rintihannya. kemudian jelaskan mengapa penting membasuh tangan.
Apa kesan saintifik, kesan pada cara hidup mengikut agama masing-masing jika
dinyatakan. Contohnya, bagi yang muslim boleh menerangkan amalan Rasulullah
s.a.w.
Anak-anak sebenar rasa lebih selamat dengan adanya
'boundaries' dan 'rules'. Inilah yang dimaksudkan Loving and Firm Parenting.
Jika semuanya boleh pakai buat tiada undang-undang, maka anak ini akan
berpotensi tidak menghormati undang-undang di luar dan membesar menjadi seperti
Anakku Sazali, dimana kerana sayang yang tidak bertempat, si bapa menjadi bapa
yang pemisif. Semuanya dibiarkan dan dibenarkan. Inilah keibubapaan permisif
namanya.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB DAY 12 PART 4
ANAK UMUR 5-6 TAHUN
Pada usia ini, anak-anak sudah boleh memahami sesuatu
yang abstrak. itulah sebabnya mengajar mereka mengenai A, B, C lebih mudah
untuk mereka memahami. Sebelum ini, A tidak bermakna, kerana A bukan benda.
Tapi MUMMY adalah ibu dia dan anak faham itu ejaan untuk mummy. Ini adalah
corak pembelajaran membaca yang dikenalkan oleh Glenn Doman. Kaedah ini menggunakan konsep
'recognition of words'. Buku Peter & Jane juga menggunakan kaedah ini dan
mudah untuk diikuti oleh kanak-kanak di bawah 5 tahun. Kaedah phonics
mengunakan suku kata sebutan dan lebih senang untuk anak-anak usia lebih 5
tahun mengikutnya.
Inilah yang sering membuntukan ibu bapa bila
mengajar anak-anak membaca. Mereka menggenalkan A, B, C pada usia yang di bawah
4 tahun dan mengharapkan anak-anak itu berminat belajar membaca. Pada anak
kecil itu, a atau b tidak membawa apa makna. Maka apa yang mereka lakukan
hanyalah hafal saja bunyi itu. Itu yang sabar. Yang tak sabar, terus lari dan
tak mahu belajar.
Bukan dia tak suka belajar, tapi cara tu tidak kena
dengan usia anak itu. Oleh itu pada usia di bawah 4 tahun, boleh kenalkan ABC
sekadar membiasakan. Namun, jika mahu anak boleh membaca pada usia itu,
perkenalkan perkataan itu terus BALL, HOUSE, BUKU, BAJU. Anak membaca dengan
mengenal perkataan itu.
Bila usianya masuk 5 tahun, maka boleh dikenalkan
sukuan kata atau phonics jika mahu untuk mengguatkan kebolehan dia membaca
perkataan yang baru.
Namun, bila mengajar anak atau
mengira atau MENGAJAR, ANDA PERLU BANYAK BERSABAR DAN BERSANGKA BAIK TERHADAP
ANAK ANDA. JANGAN CEPAT NAIK TANGAN ATAU MENGHUKUM KERANA DIA TIDAK BOLEH
MEMBACA. Kerana itu akan lebih melambatkan dia membaca.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB DAY 12 PART 5
ANAK UMUR 5-6 TAHUN
Pada usia 5-6 tahun ini ramai ibu bapa telah menghantar
anak-anak mereka ke tadika. Maka banyaklah cerita yang mungkin timbul.
Contohnya, anak tidak mahu bangun pagi, tidak mahu ditinggalkan, mendapat
report yang menyedihkan mengenai anak-anak mereka. Oleh itu Ibu hendak
mengingatkan di sini beberapa perkara:
1) Jika anak mengadu, dengar dan kaji. Jangan cepat
menyangkal.
2) Anak-anak yang dikatakan tidak fokus, bukan
bermaksud dia tidak belajar. Anak tidak perlu duduk diam melihat sesuatu
barulah dinamakan fokus. Sambil berlari, dia boleh mengaut info yang diberi.
Anak mempunyai keupayaan.
3) Bukan semua anak belajar dengan cara duduk diam
dan mendengar. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa sendiri adalah belajar dengan
cara bergerak dan membuat. Mereka ini dinamakan pelajar kinesthetik.
4) Kanak-kanak pada usia begini juga suka
mengelamun dan berangan-angan. Jangan cepat berasa marah atau putus asa.
Anak-anak yang begini adalag anak-anak yang kuat daya imaginasi mereka. Jika anda
merangsang kebolehan mereka ini, mereka mempunyai potensi seperti Walt Disney,
Steven Spielberg dan ramai lagi orang-orang yang kreatif.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI
FB DAY 12 PART 6
ANAK UMUR 5-6 TAHUN
Tempuh hari, ibu ada menyatakan jika anak pada usia 4
tahun keatas bertanya dari mana dia datang or adik datang, maka anda berilah
penjelasan yang semudah dan sejelas dan setepat yang boleh.
Di sini ada satu 2 perkara yang anda perlu ikuti.
1) Jangan Menipu
2) Beri penjelasan berpadanan dengan umur.
3) Sediakan mereka sebelum mereka bertanya.
Apakah maksud ibu?
Apa yang ibu telah buat untuk anak-anak ibu.
1) Sejak 2 tahun ibu akan membaca dan mendedahkan
mereka kepada gambar baby di dalam perut.
2) Ibu akan bercerita bagaimana baby itu membesar
di dalam perut. Alasan ibu ialah menggunakan diri mereka sebagai baby yang
digambar itu. Mereka seronok sangat.
3) Bila anak sudah 3 tahun, ibu akan tunjuk gambar
ovum dan sperma. Ibu cerita apa yang ada pada ovum dan fungsinya dan di mana
ovum itu berada. Begitu juga sperma.
4) Bila anak sudah 4 tahun, bila dia bertanya, maka
ibu tunjukkan proses dari sperma berjumpa ovum dan kemudian menjadi zigot dan
seterusnya. Selalunya, anak pada usia ini tidak akan bertanya macamana sperma
itu boleh masuk ke dalam ovum. Jika dia bertanya, ibu akan beri saja penjelasan
yang semudahnya. Ia datang dari daddy contohnya. Itu sebab sayang ada rupa
mummy dan ada rupa daddy because you are our special boy/ girl. That will make
them happy and that explanation will also sooth them nd stops them from asking
further details.
5) Just about 9 to 10, Ibu will explain the whole
proses and di situ Ibu akan beritahu pentingnya dia menjaga alat kelaminnya dan
jangan memberi orang lain kecuali dengan kehadiran ibu atau ayahnya, contohnya
semasa berjumpa doktor sekiranya ada sakit. Di sini ibu akan memberitahu dia
juga tentang bagaimana dia akan baligh dan apa yang akan berlaku and
menceritakannya dengan rasa penuh kesyukuran kepada nikmat Allah.
6) Bila dia hari pertama dia baligh, ibu akan
celebrate dan ucapkan tahniah. Dan kami akan meraikannya dengan bersyukur
kepada Allah. Kemudian ibu akan ulang lagi dengan lembut apakah the do and
don't.
So, maksudnya berperingkat.