Friday, June 28, 2013

Berkongsi Ilmu Parenting

Didlm dok sesaja-saja tu sy suka menyinggah di cni www.facebook.com/family guru..

jom baca antara perkongsian IBU ROSE untuk hari ini..




SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 7 Part 1

ANAK 0-1 TAHUN

Bayi yang baru lahir masih belum betul-betul nampak. Jika anda lihat anak matanya masih belum jelas. Ini biasa. Jika anda biasa dengan bermain flash card Glenn Doman, semasa ini, anda boleh menggunakan flash card yang hitam dan putih. Warna kontrast ini meransang dan stimulate mata anak anda.

Anak sangat sensitif semasa ini. Jaga pemakanan anda jika anda menyusu badan. Jangan makan makanan yang berangin seperti ubi-ubi terutama jika anda mendapat anak lelaki. Ada satu penyakit yang sering menimpa bayi lelaki, iaitu MEMPASANG. Kebanyakan sebabnya ialah kerana perut sangat berangin. Selain itu, bayi juga mudah terkena COLIC yang menyebabkan perut mereka kembong. Salah satu cara ialah menjauhi makanan yang sejuk, seperti kebanyak sayur, ubi, ais dan buah. Untuk semasa di dalam pantang terutamanya.

Selain itu anda juga tidak elok mendedahkan bayi yang baru lahir dengan angin malam.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 7 Part 2
Kebanyakan bayi akan terkena Jaundice. Iaitu badannya akan berwarna kuning. Oleh itu perhatikan lidah dan mata bayi yang baru lahir. Jika tidak begitu serius, anda boleh membawanya berjemur dengan cahaya matahari pagi untuk 20 minit setiap hari sehingga kuning itu hilang. Jika seluruh badan sudah kuning, SEGERA bawa berjumpa doktor. Jaundice ada kaitan dengan hati.
A common condition in newborns, jaundice refers to the yellow color of the skin and whites of the eyes caused by excess bilirubin in the blood. Bilirubin is produced by the normal breakdown of red blood cells.
Normally, bilirubin passes through the liver and is excreted as bile through the intestines. Jaundice occurs when bilirubin builds up faster than a newborn's liver can break it down and pass it from the body. Reasons for this include:
Newborns make more bilirubin than adults do since they have more turnover of red blood cells. A newborn baby's still-developing liver may not yet be able to remove adequate bilirubin from the blood. Too large an amount of bilirubin is reabsorbed from the intestines before the baby gets rid of it in the stool.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 7 Part 3
ANAK UMUR 0-1 TAHUN
Bila sudah mencecah usia 3 bulan, baby akan mula mahu tumbuh gigi. Mungkin pada ketika ini dia akan nampak macam bermain dengan ai liur. Anda jangan pula risau dan merasakan dia kurang ajar bila melihat dia 'spit'. Ini tidak ada kaitan langsung dengan kurang ajar. Itu sebenarnya dia sedang berlatih untuk menggunakan lidah dan mulut dan muka untuk menyebut perkataan.
Pada usia ini anda tidak lagi boleh memberi dia makanan selain daripada susu.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 7 Part 4
Bila anak mencapai usia 5 ke 6 bulan, dia akan suka mencampak barang. Ini juga tidak ada kaitan dengan kurang ajar. Stage ini sangat penting kerana anak anda sedang belajar mengguatkan motor skilnya.
Pada usia ini bayi anda mungkin sudah mula merangkak atau duduk. Oleh itu eloklah di ' baby safe' rumah anda agar tidak perlu melarang anak senantiasa. Jauhkan benda-benda yang bahaya seperti benda tajam dan mudah pecah. Letaklah perhiasan anda di dalam almari atau di tempat yang tinggi. Tutup semua powerpoint dan letakkan penghadang seperti kerusi dsbnya.
Terdapat juga ibu bapa yang lebih mementingkan perhiasan rumah dan asyik melarang baby yang masih kecil itu untuk memegang itu dan ini. Pukul tanganlah, jeritlah dan sebagainya. Mereka ini menempah untuk anak itu akan menjadi anak yang suka mengamuk bila sampai usia 1 tahun keatas. Selain itu mereka ini SEDANG MEMATIKAN SEMANGAT ANAK MEREKA DAN MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK BERKEYAKINAN DIRI YANG TINGGI!


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 7 Part 5
ANAK 0-1 TAHUN
Pada usia ini anak masih boleh nampak benda ghaib kerana hijab belum di tutup sepenuhnya. Maka mungkin anda akan nampak dia ketawa seorang atau kelihatan seperti bermain dengan sesaorang yang anda tak nampak. Janganlah takut pula atau menyangka anak anda tidak normal. Itu jugalah yang menyebabkan tidak elok dibawa anak-anak kecil bersiar-siar sewaktu maghrib.
Ada pula ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke tempat-tempat yang tidak sesuai untuk anak kecil. Contohnya ke FORMULA 1, JAPAN GT dan sewaktu dengannya. Tempat-tempat begini selain ianya tidak selesa untuk baby, bunyi bisingnya boleh menyebabkan kerosakan pada telinga baby yang masih baru.
Selain daripada itu baby sangat memerlukan rutin dan tidur yang merehatkan untuk pertumbuhan fizikal yang baik.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 7 Part 6
ANAK 0-1 TAHUN
Aak pada usia ini suka sangat mengambil benda dan memasukkan ke dalam mulut. Ini adalah perkara biasa. Ketahuilah sebenarnya manusia memerlukan 5 cara untuk informasi masuk ke dalam otak kita. Itu dengan menggunakan 5 deria kita. Salah satu deria itu ialah RASA dengan LIDAH. Ini dipanggil GUSTATORY. Bila anak kecil memasukan benda ke dalam mulut, mereka sedang merangsang deria ini. JANGAN RAMPAS BENDA DARIPADANYA NANTI DIA AKAN SUKA MERAMPAS! Jika benda itu bahaya untuk dimasukkan ke dalam mulut, AMBIL BENDA YANG TIDAK BAHAYA, PEGANG TANGANNYA YANG ADA BENDA BAHAYA ITU supaya dia tidak masukkan ke dalam mulut, DENGAN LEMBUT TAPI TEGAS DAN SENYUM, BERITAHU INI BAHAYA, YANG INI SELAMAT sambil memberi yang selamat itu dan beri masa untuk dia ambil yang selamat itu.
Jika dia mula menggutip sampah di lantai - maka bersihkan lantai anda senantiasa. Elak gunakan carpet. Gunalah jenis penutup lantai yang senang dicuci dan mudah untuk dia merangkak.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 7 Part7
ANAK 0-1 TAHUN
Ramai ibu bapa tersilap faham menyangkakan anak yang masih kecil ini tidak tahu apa-apa. Sebenarnya anak ini sangat tahu dan bukan bekas kosong. Anak pada usia ini mahu membuat pilihan sendiri, mereka memang banyak berkomunikasi dengan kita dari segi bunyi dan pergerakan mata.
Pada usia ini anda sudah perlu untuk merangsang pertumbuhan diri fizikalnya, mentalnya, emosinya dan jiwa nya.
Diri fizikal - berilah anak itu bergerak dengan mudah. Jaga pemakanannya. Beri rehat yang cukup.
Minda - Banyakkan bermain dengan anak. Bercakap. Memberi dia memilih dengan meletakkan dua atau tiga barang di depannya dan minta dia ambil satu. Bacakan buku cerita. Nyanyi dan timang dia untuk merangsang oleknya.
Emosi - Banyakkan memeluk, menyebut anda sayangkan dia, membelai, melayan dia dengan penuh mesra.
Jiwa - Oh, ini sangat best. Anak yang baru lahir datang dari syurga. Mereka masih ingat tujuan mereka datang ke dunia ini. Maka anda boleh menguatkan jiwa mereka dengan membaca Al-Quran. Bawa dia berjalan diluar dan dekatkan dia dengan nature. Bila solat, letakkan anak itu dekat dengan anda. Walaupun dia sedang tidur. Semasa tidur, biarkan bacaaan Al-Quran berkumandang dengan tahap volume yang sesuai untuk telinga baby.
This first one year is very important stage.


#www.facebook.com/familyguru pada saya semua info ni sgt berguna pada yg bakal menjadi ibu,yang sedang membesarkan anak-anak( mcm sy) , dan juga yang masih solo.. :)

Pesta buku perlis


Assalam...semalam jalan-jalan di pesta buku perlis..dan berjumpa macam-macam benda..rasanya macam semua nk grab ..aduh sabo ajela tula... sy pantang nampak buku n novel , buku ilmiah dan lain-lain..
tapi sy terhenti di satu gerai tu lama sungguh..kn dengar n dengar..aduh..

citernya memula menapak masuk ke perkarangan pesta buku ni dah kn tarik masuk gerai ni..gerai apa tu?
ni hah gerai/booth LEARN ENGLISH WITH NODDY..ada sapa-sapa pernah dgr..ada yang dah cuba lum how ur children now..ok x? bagus x...?

mulanya macam nk ignore je apa yang salesman tu ckp tp aduh dgr jela ..mmg minat n suka tapi aduh harganya...x tahan tu..huhuhu..ntah macam mana saya buat keputusan nya semalam....sy jadi amik..
oh my god ..hope berbaloi tuk pendidikan anak-anak saya..huhu..
sapa yang dah guna sistem ni cer bg feedback ckit...


Tengok pada buku mmg menarik apatah lagi tgk cd nya..berwarna-warni gambar-gambarnya..mengingatkan anak-anak saya mmg suka tgk kartun n suka mengikut apa yang kartun tu buat sy jadi terpikir akan keadaan ni.better diaorg tgk kartun yg leh ajar diaorg benda yg baik n disamping blajar english...so tula sbb pertama sy jadi amik set ni.. :) 

Harapan.. agar saya kuat tuk anak-anak saya... :)



##.. sesapa yang dah cuba sila bg komen n feedback here..sbb xmo rasa serba salah ni..huhu











Wednesday, June 26, 2013

Apala nasib badan..




salam semua...
title pun dah xbape bestkan..huhuhu...
dari petang kelmarin sampai hari ni topik yg sy nk kena settle 'DIMANA SURAT PENGESAHAN DOKTOR BERKENAAN CUTI BERSALIN'.. huwaaaa...tension lak bila asyik dok fikir ni..




dah beri pada org tengah tuk disampaikan pada org yg sepatutnya tapi org yg sepatutnya dah terima tu kata xde la plak..huhu.. dah nk masuk 5 bulan dah..yg cuti 3 bln pun dah naik keje..ni baru timbul berkenaan surat pengesahan ni x terima lak..aduiii sakit kepala macam ni..
dah la sy x simpan salinan..huhuhu nk cari dimana ni..huhuhu


Tuesday, June 25, 2013

Tips kebahagiaan anak-anak..

♥ Tips Untuk Kebahagiaan Anak ♥
==================


(gambar : dari google)


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

@drmuhaya


 

Monday, June 24, 2013

Saat-saat itu...

Rindunya pada sesuatu yang dah lama terbiar ni...
Assalamualaikum kawan-kawan...adui...banyaknya habuk dan sesawang ni...hatchumm..hatchumm
aduh..maunya terkena selsema balik ni..jgn asma attack lagi udahla....huhuh
lama tui sepi tanpa bicara di ruangan ni..rindu sesungguhnya aku rindu ...arhh..arhhg arhgg..

maila tolong saya bersihkan sesawang ni ye...harap selepas ni x tinggal dah umah ni lelama cam gini..klu tggl anak kucing komfim dah ada anak 2,3 keturunan dah..hahahahah...

pe citer terkini ye...
emmm oooo..sy dah ada hero saya...alhamdulillah sy selamat bersalin dah pada 19 february 2013..melahirkan hero pertama sy  Muhammad Arif Amsyar -( yang terpuji lagi arif dan cerdas dan cergas)
waktu mengandungkan hero ni..mmg byk dugaan buat sy...bila comfirm kt mengandung tu..siang mlm n bersama-sama ngan husband berdoa agar dikurniakan anak lelaki buat kami ...(alhamdulillah termakbul kini)
dari tremester pertama lagi sy diuji dgn alahan yg teruk..dah la waktu  tu nk masuk bulan puasa dah..huhu.. muntah x henti-henti.huh..masuk aje mkn pasti akan kuar lik..hinggala kn masukkan air 2,3 botol sepatutnya kn tahan wad dah...tapi sy minta untuk berulang hari2 p masuk air..huhu ni sbb pikir anak-anak kt umah la ni..kakak n adik xdan ayah nk jaga nnti..kecian lak ayah...so decide cam tu... nasib baik 2 hari je berulang p masuk air..huhu..bila  mula puasa sy tepaksa amik cuti kerja sebulan sbb alahan yg teruk ni x leh dah nk wat kerja bagai..balik dok kg sebulan pose smpi raya..alhamdulillah syukur boleh berpuasa penuh wlpn doktor x syorkan sy puasa tp tula dikatakan berkat bulan ramadhan kan..sy leh sihat je spjg puasa tu..muntah hanya sekali sekala aje bila terhidu bauan yg kurang menyenangkan..hihihi..

tremester kedua diteruskan dgn saya disahkan dapat asma lak..so kemana-mana p pam asma x tgglla..huhu kn bw dah mcm nyawa lak..huhu ari-ari kn sedut , 2 kali sehari..dan berterusan smpila bersalin ni..( pas bersalin alhamdulillah dah xde...syukur sgt..)..kehidupan waktu ni diteruskan mcm biasa dan penuh dgn penantian nk tau jantina(sbb waktu ni bila scan pun x nmpk)huhu...

tremester ketiga sy sibuk nk buat persiapan tuk baby..semuanya nk DIY ... nak do it urself...dari hoop blanket,bedung ,topi , kasut, nursing cover , diaper bag.. hahah semuanya nk wat sendiri..alhamdulillah mmg diberi kekuatan tuk menyiapkan semua tu disamping menjahit tempahan-tempahan beg customer..mmg rezki babyla tu...waktu ni yg paling kurang suka buat basuh kain n lipat kain..masak semua benda yg nk makan tu nk masak sendiri..lontong ke ,spageti ke, mee maggi kari ke , sweet sour ke..semua buat..hahaha..alhamdulillah syukur waktu tu semua ok..walapun badan penat tapi hati suka..hihi

hingga ke tarikh hari nk bersalin tu( sy amik cuti bersalin awal dari opis...kononnya x larat dah berulang naik tangga 3 tingkat ke opis..alhamdulillah lepas...so hari pertama cuti tu..pagi p check up ke klinik cam biasa bila dah masuk minggu-minggu akhir tu..lik dari klinik masak..makan..n petang tu potong kain tuk buat bj kakak..' buble peplum dress' ..waktu yg adik dah siap dah tggu yg kakak je baru nk potong kain ...petang pas solat asar tu smbg potong kain..hihi..pastu masak tuk mkn mlm..mlm tu mmg masak simple sesgt laa..telur masak kicap n sayur campur aje..hihi..tapi x sempat mkn la..mak dah sakit waktu pas maghrib tu..dah xlalu dah nk mkn...rasa cam lain mcm aje..seblm solat isyak ..sy mandi bersihkan diri ( sbb sy rs mcm nk bersalin dah kot ni ..eh..boleh kot kot lg waktu tu..hihihi..mmg kelakar )...
siap solat isyak tu dlm kul 10.30mlm sy pun siap-siap..siapkan bj kakak n adik n siap bj sy( eh bj sy dah siap dah dlm beg keperluan nk bersalin tu hihi..) dan terus ajak encik suami ke hospital..

dalam perjalanan yg 20 minit tu terasa mcm sejam lak..huhu sbbnya dah rasa sakit yg amat dah..hihi..hantar kakak n adik umah mak menakan( mak saudara) kami pun terusla ke hospital tengku fauziah..check in kt hospital dah kul 11.45mlm.. daftar masuk  tu dah kul 12 mlm dah..cek bukaan ..dah 9cm ..mak aihh dah tiba masa, kelam kabut misi2 tu soh tukar bj n tolak masuk labour room..dan alhamdulillah tepat 12.20 mlm sy selamat bersalin kan putra sulung sy...sungguh terharu saat2 tu..huhuhu..hanya Allah yang tau saat2 tersebut...

skang baby boy saya dah 4 bulan 5 hari dah...waktu sy bersalin tu mmg date tu sy xigt langsung 19 february..dah 3 hari bersalin baru suami n sy perasan ..ni sbb nk p daftar my kid la..hihi rupanya date tu adalah tarikh hari kami disatukan...hhihi sungguh simbolik lak terasa..
sesungguhnya kt sini mmg sy tau...kita merancang , Allah pun merancang..sesungguhnya rancangan Allah jua yg terbaik buat kita wlpn pahit maung mcm mana kn tempuh tapi akhirnya ada kemanisan di akhirnya..
syukur ya Allah.. alhamdulillah...

(# : gambar baby xde dlm pc la..nntila kita upload sesi gambo lak..hihi )