Tuesday, March 1, 2016

Formula menjemput rezeki

Bismillah.

Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah.

Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH...INSYAA ALLAH

Kredit to KURTA PITO

Wednesday, July 15, 2015

Syawal mula terasa..

Assalamualaikum...

hanya tinggal beberapa hari saja lagi ramadhan akan pergi dan syawal akan menjelang..
terasa cepatnya masa berlalu dan kerdilnya diri kerana masih belum mampu sepenuhnya memenuhi ramadhan dengan amal yang sepatutnya..masyaAllah...
moga di ampunkan dan dipermudahkan segala urusan disaat-saat hujung ramadhan ini untuk bertemu malam lailatul Qadr...

Dengan syawal yang makin hampir ni anak-anak lah yang beria-ia dengan persiapan dirinya.
Nak kasut baru , mana baju barunya , mana tudung barunya...dan sebolehnya sebagai ibu memang ku mau berikan yang terbaik untuk mereka. seboleh-bolehnya mau yang terbaik buat mereka.

kali ni  sempat buat 2 pasang baju untuk si kakak dan kak ngah..untuk hero buat kurta aje..
jom layan gambo..hihihi...


baju kak ngah n little indah hannani



 baju kurta adik muhammad 


ok ni baju daku ok...
alhamdulillah siap gak akhirnya..hihi




eh ni bukan kakak atau kak ngah yang punya..
ni  tempahan customer cilik ummi..
moga bergaya dan berserila dia di pagi raya...




okla semua selamat hari raya 
maaf zajir dan batin.
bagi yang pulang ke kampung ziarahila sanak saudara yang masih ada...
dan semoga pulang dengan selamat okey...