Thursday, June 19, 2014

Ramadhan semakin hampir

Alhamdulillah hari ini dah 21 syaaban 1435 hijrah..
tingal beberapa hari saja lagi akan datang Ramadhan menemui kita.
dah bersedia kah kita untuk memanfaatkan sepenuhnya ramadhan tahun ini.
dan tahukah kita adakah kita sempat menemui ramadhan thn ini?


jadi dengan sisa syaaban yang masih ada ni jom sama-sama kita tambahkan amalan.berpuasa jom..
yang belum habis Qada tu jom qada bagi abih yokk....
yang dah abis qada tu jom puasa sunat syaaban..
melatih diri untuk lebih istiqamah dalam ramadhan nnti...



jom latih diri untuk ramadhan yang semakin hampir..

* peringatan untuk diri yg daif ini agar dapat melatih diri bersabar dan bertenang walau apa jua dugaan yg datang


#pengedar shaklee perlis
#ilove shaklee


Wednesday, June 18, 2014

tip keibubapaan- perkongsian dari ibu : Prof. Dr. Rozieta Shaary

BILA BERTEMANKAN AIRMATA SEMASA MENGANDUNG...

Bila orang terdekat merupakan punca hati hiba dan airmata mencurah semasa mengandung, apa yang boleh dilakukan untuk janin tidak menjadi negatif sikapnya terhadap dunia.

Pertama, para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung. Anda telah mengahwininya dan mengambilnya dari sebuah keluarga yang sayang kepadanya. Ibu dan bapanya menyayangi dia dan mengamanahkan anda menjaga dia. Maka jagalah diri fizikal, mental, emosi dan jiwanya. Anda akan bahagia di dunia dan di akhirat.




Bagi isteri yang dikasari, kuatkan jiwa dan hati anda. Apakah yang anda boleh lakukan?

1- Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan anda. Terlindung anak itu dari renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang anda lalui.

2- Bercakaplah perkara positif kepada anak itu. Katakan betapa anda mengasihi dia dan ajak dia memaafkan ayahnya.

3- Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda diatas keburukan tingkah lakunya.

4- Banyakkan bersolat hajat dan membaca Al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang. Endorphin akan dirembeskan ke dalam badan bila kita banyak membaca Al-Quran dan bersolat. Endorphin memberikan tenaga positif kepada kita dan kandungan kita. Oleh itu, ia akan meningkatkan vibrasi tenaga kita dan menghindarkan kesan negatif daripada orang yang negatif. InsyaAllah.

5- Setiap hari bila berdoa dan selepas berdoa, ambillah masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumah-tangga anda. Gambarkan diminda dan rasakan dengan kuat di hati betapa suami anda sangat menghargai dan melayan anda dengan baik dan kasih sayang anda berdua bertambah menebal. Gambarkan yang baik-baik. "Allah mengikut sangkaan hambanya" Jika diizinNya, doa anda dan gambaran ini akan menjadi kenyataan. Tidak mustahil, kerana Dialah yang memegang hati hambaNya.





Bagi para isteri yang mempunyai suami yang prihatin, hantarlah mesej terima kasih ke hp, WA mereka. Dan juga boleh tag dia. Kita hargai kebaikan mereka.
Bagi yang tidak, boleh bersedih namun kuatkan jiwa dan semangat, tentu ada jalannya dan ada kebaikan yang akan muncul. Banyakkan berdoa dan menggambarkan rumah-tangga yang bahagia.

Ibu mendoakan agar kesejahteraan rumah-tangga anda semua.

# sumber : dari Prof. Dr. Rozieta Shaary.



Thursday, June 5, 2014

Rindu mencuit hati


Assalamulaikum....
sopan je bg salam..
eh kena sopanla kan org perempuan kena la jaga sopan santun ayu gitu..
hhihihi...
tetiba tgk gmbar ni rs rindu bertaut ..chee waaaahhh...
satu ketika dlu.
di Cameron Highland.

one happy family


adik dan kakak



adik,ayah dan kakak

Gambar kt atas ni kt depan lavender garden.
waktu tusampi dah lewat.jadi hanya amik gambar je dulu
sebabnya 2 org kakak tu dah xsabar nk bergambar dengan bunga-bunga yang cantik tu...

aksi kakak

aksi adik aka kak ngah

aksi baby muhammad.
waktu ni baru 3 bulan lebih rsnya..


sejuknya ummi....



ni bersama keluarga yang pergi hari tu..
keluarga adik angkat abg aka dah jadi mak angkat abg.


Ni selepas sarapan tgh siap nk bergerak pegi jalan dan
nak cek out dr homestay terus.