Tuesday, July 23, 2013

Kisah anak-anak

Pagi ni bermula dgn macam-macam cerita dengan anak-anak..

ummi: kakak bangun mandi ..nk p sekolah dah ni..nnti lambat ni..
kakak :..kakak letih dan mengantuk.kakak xmo p sekolah..xmo p pengasuh gak .kakak nk tdo..
ummi : ala..kakak bgn la mandi ..jom p sekolah.kawan-kawan dah tunggu kakak tu..
kakak: xmo kakak ngantuk ni..sambil nangis...n meraung-raung
ummi : adoi kakak ni jom bgn...jom..
ayah: jom kakak bgn..ayah mandikan ..cuci rambut tu ..jom cepat nnti lambat xsempat nk nyanyi n bc doa ngan   kawan-kawan...
kakak: kakak ngantuk..kakak letih..xmo p sekolah ..xmo p pengasuh..waaawaaa..

nila kes tertido awal pas maghrib bgn kul 10...terus ceria lmbt la tdo mlmnya..huhu
ayah n ummi berasap bila pepagi dah ada adegan ni.. sabo ajela..................

tetiba..

ummi: kakak ada cite kartun special agent Oso skg..
kakak: tetiba bgn kesat mata terus menonong kuar kat ruang tamu tgk tv..terus segar matanya..tanpa ada bunyi..

ummi: haissshhh sabo ajela budak ni..
adik: kesat-kesat mata terus pergi memonong ke ruang tamu ..gosok-gosok mata nk tgk kartun oso..
ummi n ayah: adoila bebudak ni..sabo ajela... soh bangun mandi xnak..bila dgr ada kartun leh plak bgn terus aje...

Monday, July 22, 2013

Perkongsian : SURAH AL- KAUTSAR

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR



RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR>>>
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."


so..kawan-kawan marila sama-sama kita amalkan ..moga Allah mudahkan segala urusan kita dan membuka pintu rezeki buat kita..insyaAllah..

* kredit tuk blog ni .. :)

Friday, July 19, 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DIFB DAY 12



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DIFB DAY 12 PART 1
ANAK USIA 5-6 TAHUN
TAHNIAH! anda masih bersabar dan cekal hati membesarkan serta menjaga anugerah Allah ini. Tentu banyak manis dan getir yang telah anda hadapi.
Anak-anak pada usia ini jika mereka telah dididik dengan kasih-sayang dan penuh hormat, maka mereka lebih mudah mendengar kata dan nasihat.
Jika anak itu lelaki, dia akan mahu menjaid pelindung dan menjaga ibu dan adik-adiknya. Kerana fitrah sebagai seorang lelaki akan lebih ketara. Jika anak itu perempuan, dia akan suka berkongsi cerita dengan ibunya, dan menjadi puteri (princess) bapanya. Ayahnya adalah lelaki yang paling dia kagumi.
Itu jika betul parentingnya. Jika anak ini telah melalui herdik dan caci maki dan melihat keadaan itu sebagai lumrah di dalam keluarga, maka pada usia ini, mereka begitu petah menggunakan perkataan yang tidak elok itu (swearing).
Jika anda menerima keadaan yang pertama, bersyukurlah, usaha anda telah menampakkan hasil. Jika apa yang anda alami adalah keadaan kedua, maka, boleh bersedih, tapi jangan membenci diri. Perbaiki diri dan berusaha membetulkan keadaan. Anda masih ada satu tahun lagi untuk membetulkan 'foundation' bagi pendidikan anda.
If you get the first six years right, the next six years and the next and the next will be relatively easy.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DIFB DAY 12 PART 2
ANAK USIA 5-6 TAHUN
Ada yang bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan menghormati anak kita itu? Soalan ini sangat bagus kerana ramai orang tersalah faham maksud HORMAT. Hormat selalu dikaitkan dengan TAKUT. Untuk hormatkan ketua, perlu takut kepadanya. Ini adalah fahaman yang kurang tepat mengenai hormat.
Hormat bermaksud menghargai, merasakan orang itu penting dan dia itu istimewa. Oleh itu bola seorang ibu dan bapa itu hormat kepada anak kecilnya, bermaksud, dia menjaga kata-kata yang dia ucapkan kepada anak-anaknya. Dia mengambil masa untuk memahami perasaan anaknya. Doa bersangka baik terhadap anaknya. Dia tegas di dalam menjauhkan anaknya dari bahaya.
Di dalam pertalian, ramai ibu bapa sayangkan anak-anak. Namun, masih ramai yang belum faham bagaimana untuk kasih dan hormat akan anak-anak mereka.
Itulah sebab mereka menghadapi masalah anak-anak mereka tidak mahu mendengar kata dan berakhlak tidak baik. Kerana cara mereka mendidik anak-anak, adalah tidak menghormati perasaan anak-anak itu. Anak diajar dan dipaksa dan bukan ditunjuk dan diajak. Bila menghukum, menghukum tanpa ada perasaan belas kasihan dan dihukum mengikut perasaan amarah yang berlebihan. Maka hukuman menjadi tempat melepas dendam dan yang menerima hukuman mula berdendam.
Anak pada usia ini sebenarnya sudah lebih matang berfikir kerana mereka sudah hampir menjadi mumayiz. Namun, tanpa pendedahan awal proses mumayiz akan lambat dan anak itu mungkin payah untuk dinasihat kerana 'reasoning'power tidak diasah sejak kecil.
Mendidik anak ini adalah suatu proses. Jika Allah mengatakan anak akan mumayiz pada usia 7 tahun, bukan bermaksud 7 tahun tup tup terus mumayiz. Dia akan bijak membezakan baik dan buruk apabila pentarbiyahan itu telah dimulakan sedari kecil lagi perlahan-lahan.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 12 PART 3
ANAK UMUR 5-6 TAHUN
Anak pada usia suka akan garis panduan dan undang-undang. Mareka berasa lebih selamat bila ada kesan dan natijah. Namun, natijah itu biarlah suatu yang membina. Contohnya, anda telah laksanakan undang-undang untuk basuh tangan sebelum makan. Maka, jika dia tidak membasuh tangan perlu untuk anda memastikannya dan jika anda telah mengatakan dia tidak boleh makan jika tidak membasuh tangan, maka jika dia tidak melakukannya. Anda perlu untuk tidak memberi dia makan sehinggalah dia menerima undang-undang kecil itu.
Mungkin dia akan mahu memberontak, maka secara berhemah dengar rintihannya. kemudian jelaskan mengapa penting membasuh tangan. Apa kesan saintifik, kesan pada cara hidup mengikut agama masing-masing jika dinyatakan. Contohnya, bagi yang muslim boleh menerangkan amalan Rasulullah s.a.w.
Anak-anak sebenar rasa lebih selamat dengan adanya 'boundaries' dan 'rules'. Inilah yang dimaksudkan Loving and Firm Parenting. Jika semuanya boleh pakai buat tiada undang-undang, maka anak ini akan berpotensi tidak menghormati undang-undang di luar dan membesar menjadi seperti Anakku Sazali, dimana kerana sayang yang tidak bertempat, si bapa menjadi bapa yang pemisif. Semuanya dibiarkan dan dibenarkan. Inilah keibubapaan permisif namanya.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 12 PART 4
ANAK UMUR 5-6 TAHUN
Pada usia ini, anak-anak sudah boleh memahami sesuatu yang abstrak. itulah sebabnya mengajar mereka mengenai A, B, C lebih mudah untuk mereka memahami. Sebelum ini, A tidak bermakna, kerana A bukan benda. Tapi MUMMY adalah ibu dia dan anak faham itu ejaan untuk mummy. Ini adalah corak pembelajaran membaca yang dikenalkan oleh Glenn Doman. Kaedah ini menggunakan konsep 'recognition of words'. Buku Peter & Jane juga menggunakan kaedah ini dan mudah untuk diikuti oleh kanak-kanak di bawah 5 tahun. Kaedah phonics mengunakan suku kata sebutan dan lebih senang untuk anak-anak usia lebih 5 tahun mengikutnya.
Inilah yang sering membuntukan ibu bapa bila mengajar anak-anak membaca. Mereka menggenalkan A, B, C pada usia yang di bawah 4 tahun dan mengharapkan anak-anak itu berminat belajar membaca. Pada anak kecil itu, a atau b tidak membawa apa makna. Maka apa yang mereka lakukan hanyalah hafal saja bunyi itu. Itu yang sabar. Yang tak sabar, terus lari dan tak mahu belajar.
Bukan dia tak suka belajar, tapi cara tu tidak kena dengan usia anak itu. Oleh itu pada usia di bawah 4 tahun, boleh kenalkan ABC sekadar membiasakan. Namun, jika mahu anak boleh membaca pada usia itu, perkenalkan perkataan itu terus BALL, HOUSE, BUKU, BAJU. Anak membaca dengan mengenal perkataan itu.
Bila usianya masuk 5 tahun, maka boleh dikenalkan sukuan kata atau phonics jika mahu untuk mengguatkan kebolehan dia membaca perkataan yang baru.
Namun, bila mengajar anak atau mengira atau MENGAJAR, ANDA PERLU BANYAK BERSABAR DAN BERSANGKA BAIK TERHADAP ANAK ANDA. JANGAN CEPAT NAIK TANGAN ATAU MENGHUKUM KERANA DIA TIDAK BOLEH MEMBACA. Kerana itu akan lebih melambatkan dia membaca.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 12 PART 5
ANAK UMUR 5-6 TAHUN
Pada usia 5-6 tahun ini ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke tadika. Maka banyaklah cerita yang mungkin timbul. Contohnya, anak tidak mahu bangun pagi, tidak mahu ditinggalkan, mendapat report yang menyedihkan mengenai anak-anak mereka. Oleh itu Ibu hendak mengingatkan di sini beberapa perkara:
1) Jika anak mengadu, dengar dan kaji. Jangan cepat menyangkal.
2) Anak-anak yang dikatakan tidak fokus, bukan bermaksud dia tidak belajar. Anak tidak perlu duduk diam melihat sesuatu barulah dinamakan fokus. Sambil berlari, dia boleh mengaut info yang diberi. Anak mempunyai keupayaan.
3) Bukan semua anak belajar dengan cara duduk diam dan mendengar. Ramai kanak-kanak dan orang dewasa sendiri adalah belajar dengan cara bergerak dan membuat. Mereka ini dinamakan pelajar kinesthetik.
4) Kanak-kanak pada usia begini juga suka mengelamun dan berangan-angan. Jangan cepat berasa marah atau putus asa. Anak-anak yang begini adalag anak-anak yang kuat daya imaginasi mereka. Jika anda merangsang kebolehan mereka ini, mereka mempunyai potensi seperti Walt Disney, Steven Spielberg dan ramai lagi orang-orang yang kreatif.

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 12 PART 6
ANAK UMUR 5-6 TAHUN

Tempuh hari, ibu ada menyatakan jika anak pada usia 4 tahun keatas bertanya dari mana dia datang or adik datang, maka anda berilah penjelasan yang semudah dan sejelas dan setepat yang boleh.
Di sini ada satu 2 perkara yang anda perlu ikuti.
1) Jangan Menipu
2) Beri penjelasan berpadanan dengan umur.
3) Sediakan mereka sebelum mereka bertanya.
Apakah maksud ibu?
Apa yang ibu telah buat untuk anak-anak ibu.
1) Sejak 2 tahun ibu akan membaca dan mendedahkan mereka kepada gambar baby di dalam perut.
2) Ibu akan bercerita bagaimana baby itu membesar di dalam perut. Alasan ibu ialah menggunakan diri mereka sebagai baby yang digambar itu. Mereka seronok sangat.
3) Bila anak sudah 3 tahun, ibu akan tunjuk gambar ovum dan sperma. Ibu cerita apa yang ada pada ovum dan fungsinya dan di mana ovum itu berada. Begitu juga sperma.
4) Bila anak sudah 4 tahun, bila dia bertanya, maka ibu tunjukkan proses dari sperma berjumpa ovum dan kemudian menjadi zigot dan seterusnya. Selalunya, anak pada usia ini tidak akan bertanya macamana sperma itu boleh masuk ke dalam ovum. Jika dia bertanya, ibu akan beri saja penjelasan yang semudahnya. Ia datang dari daddy contohnya. Itu sebab sayang ada rupa mummy dan ada rupa daddy because you are our special boy/ girl. That will make them happy and that explanation will also sooth them nd stops them from asking further details.
5) Just about 9 to 10, Ibu will explain the whole proses and di situ Ibu akan beritahu pentingnya dia menjaga alat kelaminnya dan jangan memberi orang lain kecuali dengan kehadiran ibu atau ayahnya, contohnya semasa berjumpa doktor sekiranya ada sakit. Di sini ibu akan memberitahu dia juga tentang bagaimana dia akan baligh dan apa yang akan berlaku and menceritakannya dengan rasa penuh kesyukuran kepada nikmat Allah.
6) Bila dia hari pertama dia baligh, ibu akan celebrate dan ucapkan tahniah. Dan kami akan meraikannya dengan bersyukur kepada Allah. Kemudian ibu akan ulang lagi dengan lembut apakah the do and don't.
So, maksudnya berperingkat.

* berkongsi dari sini