Wednesday, June 17, 2015

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Assalamualaikum semua...

Ahlan wasahlan ya ramadhan...
ramadhan 1436H....

selamat berpuasa buat semua umat islam...
moga bersama kita kejari ganjaran yg tidak terhingga di ramadhan al mubarak ini.. InsyaAllah...






Tuesday, June 16, 2015

PANDUAN MUDAH BERSALIN.

Assalamualaikum....

moga semua berada dalam kesihatan yang baik dan dibawah lindungan Allah...
lama sungguh xmengupdate blog kesayangan ni..
insyaAllah moga diberi kekuatan dan idea-idea yang mampu tuk dicoret didalam blog ini..

semakin masuk trimester ke 3 ni macam-macam perkara yang difikirkan...jom layan apa yg sempat sy baca dan nk kongsi ngan semua...



Persediaan bersalin tanpa komplikasi yang serius perlu bermula beberepa bulan sbelum tarikh bersalin yang ditetapkan oleh doctor. Ibu-ibu hamil harus memperuntukan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari kejadian. Ini adalah untuk menegelakkan tekanan yang tidak dijangka dan bagi mengurangkan risiko komplikasi ketika bersalin.

Jom ikuti beberapa tip yang saya baca dan ambil dari satu majalah…

1.Lakukan urutan perineal
~apa itu perineal?perineal ialah bahagian diantara dubur dan faraj . Digalakkan melakukan urutan di bahagian tersebut sekitar minggu ke 34 kehamilan.Urutan boleh dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara namun harus elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum. Urutan disyorkan kerana membantu mengurangkan risiko koyak ketika meneran.  Pastikan juga tangan berdih sebelum melakukan proses urutan ini. Walaubagaimanapun jika anda mempunyai masalah sila dapatkan nasihat doctor anda sebelum melakukan urutan ini.







2. Teman yang kuat semangat.
~teman ibu hamil ialah suaminya sendiri.pastikan teman kita seorang yang kuat semangat agar dia dapat member sokongan kepada kita ketika sedang bertarung dalam proses melahirkan bayi. Namun ada sesetengah ibu hamil yang lebih memilih ibu atau ahli keluarga lain menemani dirinya. Seharusnya tetapkan siapakah yang akan menemani anda di bilik bersalin nanti.

3. Keadaan selesa
~ Proses melahirkan akan menjadi lebih baik jika ibu hamil lebih tenang dan didalam keadaan yang selesa.Namun jika kekurangan pengetahuan dan terlalu kalut boleh menjadikan proses kelahiran sesuatu yang panjang. Dengan sikap bertenang dan bersahaja mampu mengelakkan ibu hamil dari menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep. Jadi jika sudah mengalami kontraksi selang 5 minit bertenang dan  segera pergi ke hospital pilihan kerana masanya telah sampai.


4.Pergunakam gravity.
~ sentiasa begerak dengan berjalan-jalan dan naik turun anak tangga dapat membantu ibu hamil ketika proses kelahiran. Jangka masaproses kelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.keadaan ini membantu bayi masuk kedalam salur penakan dengan betul. Oleh kerana itulah ibu hamil disarankan untuk untuk tidak hanya berbaring dia tas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin.


5. Tidur yang mencukupi
~ Dinasihatkan agar ibu hamil memastikan tidur yang cukup ketika diminggu-mingu terakhir kelahiran. Hal ini penting untuk memastikan ibu hamil kekal bertenaga ketika proses kelahiran berlangsung.





6. Tarik nafas panjang
~Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses kelahiran! Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya,anda menjadi kurang tenang. Ingat apa yang dipelajari dikelas antenatal dan beri perhatian ketika terhadap cara bernafas.


7.Rangsang payu dara

~ Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitoksin masuk dalam aliran darah sekaligus mencetuskan kontraksi. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan pamm payudara atau mengurut bahagian putting menggunakan tangan. Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis diatas payu dara sama seperti merangsang  pengaliran susu ibu sewaktu hamil.


8.  Elakkan paras gula jatuh
~ pengekalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses bersalin. Oleh itu minum jus buah-buahan segar yang tinggi potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine.


9. Ambil elektrolit dan mineral


~ Bagi memudahkan proses kelahiran, ibu hamil memerlukan lebih banyak elektrolit dan mineral yang terdapat didalam beberapa jenis makanan dan minuman. Magnesium,potassium,sulfur, klorida dan sodium penting untuk mengelakkan sakit berpanjangan dan kelihatan semasa proses kelahiran berlangsung. Sumber –sumber ini boleh diperolehi daripada daging segar,prosuk tenusu penuh lemak, sayur-sayuran , buah-buahan dan kekacang atau jus  buah segar. Bagi menghadapi saat-saat kontraksi , ibu hamil disarankan mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur kedalam air atau jus buah-buahan selepas ada tanda-tanda awal hendak bersalin.



Elakkan perkara-perkara berikut :

1.     #  Kerap tertekan
~  kelahirang songsang berlaku kepada kira-kira 3% ibu hamil. Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesaran dilakukan. Wanita yang mudah tertekan, takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat. Bagi mengelakkan atau membetulkan kedudukan bayi songsang, anda boleh melakukan pernafasan bio-energetic.hypnosis atau  teknik bertenang yang betul.




2.       # Tahan kencing

~ Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin didalam bilik air sepatutnya disisihkan. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran . Jika pundi kencing terasa penuh,jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda kebilik air. Jadi, sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan selesa untuk menempuhi saat bersalin.                


* info=>pa&ma ,gambar =google

Jika anda sedang mencari set bersalin yang mudah ,semulajadi dan halal sila klik disini...

info tebaik untuk set bersalin.                                                                                                                                                                                                                                     

Thursday, April 23, 2015

Menu peberet mak yong

Assalamualaikum.....
salam kasih sayang semua...
alhamdulillah...syukur masih diberi peluang menikmati keindahan hari ini..

Kali ni saja nak berkongsi menu mak yong nak masuk 16 minggu ni..,
Ni mempelam telur yang husband ambil di rumah kawannya...maklumlah teringat isteri nak makan...
Bila dah sampai ke rumah terus saya basuh dan potong macam gitula..dengan kulit nya. Waktu potong dah kecur liur dah...terus ngap masuk mulut je...hihihi.

Saya makan cuma beberapa potong saja selepas tu saya ambil gula dan garam.jerukan gitu aje...
saya memang tak makan dah pelam yg dah dijeruk gitu.
so jdla hidangan adik-adik saya plak.
mudah je wat gitukan...hihihi

Petang yang lain plak,saya layan buat kasui gula merah.
buat bersama mak ni memang best...
layan je..mkn 3 ketul tu aje..
yang lain habis dimakan adik-adik dan anak-anak saya..
kuih ni memang kesukaan keluarga saya..
sekejab je habis..hihihi
alhamdulillah..


petang esoknya layan bubur jagung plak..
8 jantung jagung
2 1/2 biji kelapa untuk santan..

layan aje..
saya makan setengah mangkuk tu aje.
mengandung kali ni tak macam mengandung yang lepas-lepas.
makan  hanya dalam small portion walaupun makanan tu saya mengidam sangat..
mungkin effect dari pengambilan supplement ni.
saya makan sekadar mengikut keperluan badan saja.
ok gak kan tak ada la nanti nurse bising berat badan lebih setiap bulan..
kena jumpa PZM lagi..hihi..buku pun asyik merah bahagian berat tu...
alhamdulillah

mengandung kali ni saya tak ambil dah vitamin klinik sebabnya selalu tersiksa sembelit dan tak tahan bau b compleksnya...huwaaaa..
kali ini sepenuhnya saya ambil supplement/vitamin shaklee.
apa yang saya ambil setiap hari ialah :

1.multivitamin- vitalea : berkat konsisten ambil ni hb saya semakin stabil dan saya semakin kurang mengalami kepenatan yang amat sangat dalam kesibukan menguruskan urusan kerja dan urusan rumah tangga..alhamdulillah.

2. b-compleks - tak dinafikan bcompleks shaklee pun berbau namun saya suka sebab kandungan yang terdapat didalam b compleks. mempunyai 8 jenis vitamin termasuk asid folic.jadi saya tak perlu nak ambil asid folic lagikan... lagi satu dalam diam-diam dia beri effect pada resdung yang saya alami semakin berkurang..alhamdulillah

3. sustained release vitamin C 500 mg-  vitamin c memang penting untuk ibu hamil sebagai benteng pertahanan badan dari sebarang jangkitan penyakit. bonus amalkan vitamin c ni parut luka semakin pudar dan yang paling best saya dah jarang demam selsema.kalau tidak dulu setiap bulan pasti 
saya akan selsema dan demam.kena hujan demam , terlampau letih demam dan main habuk ckit pun dah selsema.... alhamdulillah

4. ostematrik - pil kalsium yang memang terbaik untuk saya. bukan apa almaklumla saya jarang-jarang minum susu.jadi pengambilan vitamin ni membantu bekalan kalsium saya pada tubuh badan dan sangat penting semasa kehamilan ni kerana menggantikan susu yang kadang-kadang saya tak lalu nak minum.


5. ESP- saya ambil esp adalah dalam 4 kali seminggu dan ada masanya setiap hari saya minum esp ni di shake bersama milo atau susu low fat atau air yogurt..Esp ni membuatkan saya rasa kenyang .jadi bila tengah-tengah malam lapar saya tak perlu nak makan makanan yang berat.just shake esp dengan milo pun dah buat saya kenyang sampai ke pagi.bonus yang saya suka,esp ni melembabkan kulit saya yang selalu aje kering walaupun dah minum banyak air selain membantu memudarkan parut luka..

itu saja yang saya nak kongsi kali ni..moga bertemu lagi untuk entry  akan datang.insyaAllah..
salam kasih sayang dari saya..