Friday, January 16, 2015

Tahun baru 2015

assalamualaikum semua pembaca budiman..
maafla sebulan di disember lepas tiada entry yang sempat ditulis.
kalau diikutkan waktu time cuti sekolah tapi emmm...
almaklumla lagi sibuk time cuti sekolah sebenarnya..hihihi

alhamdulillah dah masuk tahun baru dah...
ini pun dah pertengahan bulan januari dah.baru sempat nak menulis walhal dalam kepala ni
macam-macam nak tulis nak kongsi nak story..eh..eh dah nak melalut dah ni..

bulan disember lepas kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang sungguh menyayat hati..
dengan banjir yang melanda di pantai timur ,banjir yang teruk di perak ,pahang dan johor dan dengan kehilangan pesawat air asia .sesungguhnya yang boleh kita simpulkan dan ambil pengajaran ialah Allah sedang menguji kita..menguji iman kita..semoga saudara-saudara kita yang mengalami banjir tabah dan sabar menghadapi ujian ini dan bg saudara-saudara yang terlibat dengan sukarelawan banjir tahniah kerana anda mampu untuk membantu mereka.'sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang bilamana dia tidak mengasihani saudaranya...' ( ayat ni xpasti nak kata hadis atau riwayat...nak kena cek balik k..)

permulaan tahun baru 2015 sungguh mencabar bagi saya..hihi
maklumla anak yang sulung dah mula masuk prasekolah..
sebelum ini yang kakak dan angah sekolah bersama dekat pasti Nurul Iman.
persiapan anak nak masuk pra pun saya buat selepas 3hb januari..
waduh sungguh tak terfikir saya..
baju sekolah kain sekolah kasut sekolah( opss kasut memang dah beli lama dah).stokin ,tudung dan lain-lain lagi...aduh terasa saya terlepas pandang keperluan anak ni..huhuhu

nak tahu sebab apa?
sebabnya saya dok ingatkan pra sekolah ada pakaian khasnya jadi sebab tu la saya tak prepare pape.
selepas pendaftaran kakak 3 hb tu barula cikgu bgtau pakai bj sekolah putih kain biru gelap tu saja..
alahai mengelabah la saya di buatnya...
alhamdulillah lepas pendaftaran terus pergi cari keperluan kakak..
beli sepasang je dulu,(nnti beli kain putih dan biru gelap ummi buat lagi 2 pasang =>hajat hati ummi)
beli kain putih lycra untuk tudung sekolah kakak,dapat la 3 helai..alhamdulillah.
itulah punca saya rasa gelabah sangat di awal anak sekolah...hihihi..

okla nnti kita sambung dengan projek baru..

Saturday, November 29, 2014

Review produk L'ARome..

Assalamualaikum...Aduh dah hujung bulan november dah...
Sangat- sangat sibuk bulan ni...huhu...
Sampai tak tercapai target nk menulis blog paling kurang 2 kali seminggu...huhu

Dengan november yang berbaki sehari lagi..saya nak ambil kesempatan ini nak berkongsi satu lagi produk yang memang berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan selain dari shaklee yang memang tetap dihati saya..hihihi

Ok produk ini formulasinya didatangkan dari switzerland dan dibungkus di malaysia.
Apa nama produknya?

Ok ini produknya... L'AROME



Saya suka 2 produk diatas ni :
1) L'arome slimming serum ( LSS)
2) L'arome cleansing ( LCS)

 Sebab apa saya suka kedua-duanya?
Paling utama sebab kesannya yg memang kita rasai perubahannya dalam ms seminggu...tu paling lama la..
Ada teman yang memakainya merasai perubahan dlm ms 2 hari saja...wah wah hebatkan ...bagi mereka di luar sana yang tk menyukai ubat atau pil boleh guna cara sapuan l'arome.
Pasti berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan,
Amat- amat berbaloi...

Anda berminat nak tau lanjut?
Tinggalkan komen anda atau 
Wasap@ call sj 0134286293...









Tuesday, November 18, 2014

KONVO kakak dan angah

assalamualaikum...
alhamdulillah masih diberi nafas untuk bernyawa dimuka bumi ini..
moga setiap hari  penuh rahmah dan barakah serta penuh dengan keinsafan atas semua perkara.

eewahh..eewahh..mukadimah leh tahan..
ok nak kongsi dan bercerita tentang tajuk kat atas tu...hihihi

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN PADANG BESAR..



Muhammad pun xcited nak tengok kakak ambil hadiah

kak Ngah tengah ambil hadiah- dapat sijil n Muq


ni kakak pulak.hadiah sama je.


kak ngah senyum kn paksa sbb nak minta kamera kat ummi...hihihi

ayah dan muhammad...lapo la tu makan keropok dan air kotak laici je.


muhammad nk buat gaya rap..aduhai..yo ooo je adik ni..

Kakak dapat tempat hadiah tempat pertama kelas 5 tahun kat pasti nurul iman.

Alhamdulillah tahun ni dari tengah tahun lagi kakak pegang no 1.
syukur ya Allah..
moga kakak terus berusaha dan berjaya dimasa hadapan dan menjadi anak yang solehah dan pintar.

waktu ni ayah tengah bagi nasihat kat angah agar teus berusaha macam kakak kalau nak dapat hadiah macam kakak tu..suram aje mukanya..huhuhu





kakak dan angah bersama cikgu pasti. cikgu Nurzuraiwati.



moga anak-anak ummi kak nurul iman nasuha dan nur humayraa faqihah serta mohammad arif amsyar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah ,yang taat akan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah, menjadi cendiakawan islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.Aminnn