Wednesday, August 6, 2014

Dekorasi rumah

Assalamualaikum...

hari ini sudah masuk 11 syawal 1435 hijrah.alhamdulillah...
ada yang dah mula puasa 6 ye? eh ada yang dah raya dah la...
huhuhu saya masih belum berkesempatan nak mula berpuasa 6 ini. insyaAllah minggu depan akan mula puasa bersama suami..insyaAllah..

emm..sempena raya tahun ni memang saya suka menziarah rumah saudara mara dan sahabat handai.
sambil bertanya khabar dan berita masing-masing,saya mengambil peluang untuk melihat dekorasi rumah mereka...hihihi..orang kata sambil menyelam minum air.
Dari situ saya belajar menyusun atau deko rumah saya...huhuhu

secara jujurnya memang saya kurang pandai untuk dekorasi rumah mengikut tema ataupun bersantai.
yang saya tahu rumah bersih dan kemas gitu aje...
malu lak kekadang bila tetiba tetamu menerjah ke rumah dengan keadaan yang kurang memuaskan hati..huhu

so..cadangnya hari ni nak kongsi tip dekorasi rumah dari yang saya google.
untuk simpanan dan rujukan saya juga..hihihi..sebelum tu kita layan mata dengan dekorasi rumah-rumah yang saya google ni yang berkenan dihati saya...










emm....semuanya cantik-cantikkan...aduh suka saya yang warna hijau putih kt atas sekali tu.. yang berwarna krim tu pun cantikkan...apa pilihan kawan-kawan?hihihi

jom kita kongsi tip daripada pereka dalaman malaysia....( saya google tau tip-tip ni )

Tips 1: Bermain Dengan Warna
Tanyalah mana – mana pun pakar hiasan dalaman, warna adalah elemen yang sangat penting dalam dekorasi rumah ni. Kalau anda pandai pilih dan adunkan warna ni, rumah anda yang kecil akan kelihatan luas. Warna yang sesuai untuk jadi pilihan adalah, putih, krim, hijau muda atau biru langit. Sementara warna yang tidak digalakkan adalah warna-warna gelap seperti hitam, biru gelap, atau perang tua.
Tips 2 : Letak Cermin
Penggunaan cermin yang efektif juga boleh membuatkan ruang rumah anda anda yang kecil kelihatan besar. Letak beberapa cermin yang bersaiz agak besar pada kedudukan yang strategik sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu. Jika kena pada gayanya, rumah kecil akan kelihatan lebih besar.
Tips 3 : Guna Perabot Secara Bijak
Jangan sangka kalau guna perabot kecil kita boleh jimatkan ruang. Sebaliknya ia akan menyempitkan lagi ruang rumah kita kerana terpaksa menggunakan banyak perabot kecil tersebut. Seeloknya, gunakan perabot besar tetapi mempunyai ‘compartment’ yang banyak. Ini dapat menjimatkan penggunaan perabot sekaligus menjadikan ruang rumah kita bertambah luas.
Tips 4 : Pencahayaan yang Baik
Teknik pencahayaan yang baik juga boleh menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas. Elakkan dari menggunakan langsir yang berwarna gelap atau tidak telus cahaya. Sebaliknya gunakan langsir yang berwarna cerah. Jika ada bajet lebih, anda boleh gunakan blinds ataupun sheer.
Tips 5 : Gantung Lukisan / Artwork Besar
Satu lagi tips dekorasi rumah kecil yang boleh diamalkan adalah dengan menggantung lukisan atau artwork yang bersaiz besar. Rahsianya adalah lukisan atau artwork yang bersaiz besar akan membuatkan dinding rumah kita kelihatan lebih besar. Ini sekaligus menjadikan ruang rumah kelihatan lebih luas.
*kongsi dari sini
jadi dah ada tip kan jom kita deko rumah sendiri plak selepas ini...insyaAllah..tapi untuk saya, masih ada banyak perkara yang saya perlu tahu dan belajar..umpama nak p masuk belajar mana-mana kelas yang ada mengajar cara-cara mengemas dan dekorasi rumah sendiri ataupun kelas ERT...agak2 ada yang nak ngaja ke ye?emmmmmmm.....

Thursday, July 24, 2014

Ramadhan..

Beberapa hari lagi ramadhan akan berakhir..
hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini.
azam ramadahan tahun ini tak tercapai sepenuhnya...
hanya beberapa percent..huhuu
sungguh sedih ya Allah...
skrip ramadhan yang diberitahu oleh ustazah hanya dapat dilaksanakan beberapa hari di awal ramadhan saja.
masyaAllah masih gagal lagi diriku ya Allah..
selebihnya mengikut haluan masing-masing..huhuhuh..
sayangnya berkat ramadhan ini tidak digunakan sebaik-baiknya..
ya Allah sedihnya hati...huhuhuh
namun moga setiap kali kuberdoa moga Allah permudahkan dan lembutkan hati insan-insan kesayangan ku ini..huhuhuhu....aminnnn


sekadar secebis peringatan bersama dr ustaz zaharuddin..

"Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan". Semoga bermanfaat.

*********************************************************************
Oleh
 Zaharuddin  Abd Rahman
  
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله أي الدعاء أسمع ؟ قال جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur hingga tidak puasa. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم الإمام العادل والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian
*********************************************************************

Friday, July 11, 2014

Promosi julai

Assalamualaikum...

eh julai dah masuk 11 hari dah..
cane boleh lupa nk update info ni..

okey kawan-kawan..bulan ni shaklee promosi kan vivix ye.

beli 6 percuma 1.



beli 1 viviX anda akan dapat satu botol vivix.
beli 2 vivix anda akan dapat keahlian percuma dan dapat bonus 15hb bulan depan ye
beli 6 botol vivix anda dapat percuma 1 vivix dan dapat bonus 3 angka di tengah bulan depan ye. ( boleh kongsi dengan kawan-kawan atau saudara-saudara ye)

apa lagi jom rebut peluang.
memang tonic terbaik.


Dengan manfaat yang mampu membuatkan anda tersenyum selepas menggunakannya. 

Antara manfaat vivix.
  • untuk anti penuaan
  • untuk perlindungan antioksidan
  • menyokong kesihatan jantung
  • menyokong kesihatan sendi
  • menyokong sistem imun badan
  • menyokong kesihatan keseluruhan





berminat????





#pengedar shaklee perlis
lovetinimade@gmail.com
hartini zulaikha
0195057535