Thursday, July 3, 2014

Tacing

ok ke kalau letak tajuk tu?hihihi
emm...anyway saya rasa memang sesuai...

3 ramadhan lalu jadi sejarah dan membuat kan ku tersentuh hati..
apa yang tersentuhnya...

sungguh memang tersentuh hati bila balik je dari opis selepas ambil anak yang kecik dari rumah pengasuh...
masuk rumah berbau tumisan kari..
ehhh...sapa tengah tumis gulai dalam umah ni?
eh..pelik ni...eh ada tetamu ke umah ni ari ni?
abang xde bgtau pun...

ohhh sungguh waktu tu macam-macam menjelma dalam kepala ...macam -macam okey..
dan salah satu  yang tak masuk akalnya yang kupikir:
" abang ada bawa orang baru nk tunjuk kat aku ke?"
ishhh...sapa kat dapur tu...

"kakak ,siapa kt dapur?tanyaku pada kakak
"ayahla ummi.ayah dok sibuk kat dapur tu?"kata kakak

lagila pelik aku dibuatnya...huhuhu

dengan kelam kabut n lajunya..
(dah buat masuk anak dan beg semua dalam umah br menonong ku ke dapur)

"suprise"
eh...abang masak apa tu?
yang dok menumis sakan abis bau satu umah tu husband ku rupanya...

adehhh suspen ku dibuatnya..
" suprise" katanya....sambil senyum meleret..

"masak apa ni bang"tanyaku
"special. abg nk masak juadah berbuka ni"jawab husbandku sambil dok menyiang rias pisang..
eh kome tau ke ape rias pisang tu?


nila rias pisang...tapi yang ni bukanla rias pisang yang cik abgku dok siang..yang ni kugoogle je...
sorry ye..
sebab terkejut sangat ku sampai lupa nk amik gambonya tengah menyiapkan bahan-bahan untuk memasak tu...huhuhu

"Nak masak apa ni bang. eh ni daging apa lak ni...oooo abg nak masak gulai daging rias pisang ye?'tanyaku lagi..
"hihihi...a'a " katanya
" tapi bukan daging lembu ye..ni daging kambing ," katanya lagi..
"ooooooooo" panjang je ooo aku jawab...
"saja teringin nak makan daging kambing masak gulai ngan rias pisang"katanya..
"hari ni biar abang yang masak ok"katanya lagi

aku waktu tu apa lagi berbunga hati dan sangat-sangat tacing ok..huhuhu



ni daging kambing tapi ni ehsan dari google ye...kanku dah bgtau kuterkasima sampai lupa nak ambil gambar..

dari awal sampi akhir semuadik husband yang buat gulai tu ku cuma tolong yang terakhir je..
masukkan air asam dan masukkan perasa...

Allahuakbar...sehinggala 10 minit sebelum azan maghrib baru dia tutup api gulai yang dimasak tu..

MasyaAllah memang akula orang yang xsabarnya nak rasa...
jadi amik semangkuk bawa ke ruang tamu untuk berbuka..
alkisahnya nk rasa je..tapi semangkuk aku boh..hahahahah

Dah berbuka dengan kurma 3 biji dan minum air masak.
terus ku jamah gulai tu..rasa dulu secukup rasa atau x...

alamak kena tambah rasa sikitla..hihihi
ok fine ku g tambah garam dan gula seadanya lagi..
dan yummy sedapnya sehingga menjilat jari..

habis semangkuk kami cicah ngan roti gardenia putih tu..hihihi

oh my abg...so tacing of me okey..thanks abang..

*nota kaki: sekali orang kesayangan kita masuk dapur ..terasa cam tacing je setiap kali kita ingatkan saat-saat dia bersusah payah dok sediakan bahan-bahan masakan tu..almaklumla 7 tahun kahwin ..ini kali pertama dia nak masak gulai untuk kami sekeluarga..mn tak tacing ku dibuatnya..hahahahah

weh ni gulai rias pisang orang msak sekawah ye..hihihihih


Thursday, June 19, 2014

Ramadhan semakin hampir

Alhamdulillah hari ini dah 21 syaaban 1435 hijrah..
tingal beberapa hari saja lagi akan datang Ramadhan menemui kita.
dah bersedia kah kita untuk memanfaatkan sepenuhnya ramadhan tahun ini.
dan tahukah kita adakah kita sempat menemui ramadhan thn ini?


jadi dengan sisa syaaban yang masih ada ni jom sama-sama kita tambahkan amalan.berpuasa jom..
yang belum habis Qada tu jom qada bagi abih yokk....
yang dah abis qada tu jom puasa sunat syaaban..
melatih diri untuk lebih istiqamah dalam ramadhan nnti...



jom latih diri untuk ramadhan yang semakin hampir..

* peringatan untuk diri yg daif ini agar dapat melatih diri bersabar dan bertenang walau apa jua dugaan yg datang


#pengedar shaklee perlis
#ilove shaklee


Wednesday, June 18, 2014

tip keibubapaan- perkongsian dari ibu : Prof. Dr. Rozieta Shaary

BILA BERTEMANKAN AIRMATA SEMASA MENGANDUNG...

Bila orang terdekat merupakan punca hati hiba dan airmata mencurah semasa mengandung, apa yang boleh dilakukan untuk janin tidak menjadi negatif sikapnya terhadap dunia.

Pertama, para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung. Anda telah mengahwininya dan mengambilnya dari sebuah keluarga yang sayang kepadanya. Ibu dan bapanya menyayangi dia dan mengamanahkan anda menjaga dia. Maka jagalah diri fizikal, mental, emosi dan jiwanya. Anda akan bahagia di dunia dan di akhirat.




Bagi isteri yang dikasari, kuatkan jiwa dan hati anda. Apakah yang anda boleh lakukan?

1- Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan anda. Terlindung anak itu dari renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang anda lalui.

2- Bercakaplah perkara positif kepada anak itu. Katakan betapa anda mengasihi dia dan ajak dia memaafkan ayahnya.

3- Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda diatas keburukan tingkah lakunya.

4- Banyakkan bersolat hajat dan membaca Al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang. Endorphin akan dirembeskan ke dalam badan bila kita banyak membaca Al-Quran dan bersolat. Endorphin memberikan tenaga positif kepada kita dan kandungan kita. Oleh itu, ia akan meningkatkan vibrasi tenaga kita dan menghindarkan kesan negatif daripada orang yang negatif. InsyaAllah.

5- Setiap hari bila berdoa dan selepas berdoa, ambillah masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumah-tangga anda. Gambarkan diminda dan rasakan dengan kuat di hati betapa suami anda sangat menghargai dan melayan anda dengan baik dan kasih sayang anda berdua bertambah menebal. Gambarkan yang baik-baik. "Allah mengikut sangkaan hambanya" Jika diizinNya, doa anda dan gambaran ini akan menjadi kenyataan. Tidak mustahil, kerana Dialah yang memegang hati hambaNya.





Bagi para isteri yang mempunyai suami yang prihatin, hantarlah mesej terima kasih ke hp, WA mereka. Dan juga boleh tag dia. Kita hargai kebaikan mereka.
Bagi yang tidak, boleh bersedih namun kuatkan jiwa dan semangat, tentu ada jalannya dan ada kebaikan yang akan muncul. Banyakkan berdoa dan menggambarkan rumah-tangga yang bahagia.

Ibu mendoakan agar kesejahteraan rumah-tangga anda semua.

# sumber : dari Prof. Dr. Rozieta Shaary.