Assalamualaikum....
moga semua berada dalam kesihatan yang baik dan dibawah lindungan Allah...
lama sungguh xmengupdate blog kesayangan ni..
insyaAllah moga diberi kekuatan dan idea-idea yang mampu tuk dicoret didalam blog ini..
semakin masuk trimester ke 3 ni macam-macam perkara yang difikirkan...jom layan apa yg sempat sy baca dan nk kongsi ngan semua...
Persediaan bersalin tanpa komplikasi yang serius perlu bermula beberepa bulan sbelum tarikh bersalin yang ditetapkan oleh doctor. Ibu-ibu hamil harus memperuntukan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari kejadian. Ini adalah untuk menegelakkan tekanan yang tidak dijangka dan bagi mengurangkan risiko komplikasi ketika bersalin.
Jom ikuti beberapa tip yang saya baca dan ambil dari satu majalah…
1.Lakukan urutan perineal
~apa itu perineal?perineal ialah bahagian diantara dubur dan faraj . Digalakkan melakukan urutan di bahagian tersebut sekitar minggu ke 34 kehamilan.Urutan boleh dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara namun harus elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum. Urutan disyorkan kerana membantu mengurangkan risiko koyak ketika meneran. Pastikan juga tangan berdih sebelum melakukan proses urutan ini. Walaubagaimanapun jika anda mempunyai masalah sila dapatkan nasihat doctor anda sebelum melakukan urutan ini.
2. Teman yang kuat semangat.
~teman ibu hamil ialah suaminya sendiri.pastikan teman kita seorang yang kuat semangat agar dia dapat member sokongan kepada kita ketika sedang bertarung dalam proses melahirkan bayi. Namun ada sesetengah ibu hamil yang lebih memilih ibu atau ahli keluarga lain menemani dirinya. Seharusnya tetapkan siapakah yang akan menemani anda di bilik bersalin nanti.
3. Keadaan selesa
~ Proses melahirkan akan menjadi lebih baik jika ibu hamil lebih tenang dan didalam keadaan yang selesa.Namun jika kekurangan pengetahuan dan terlalu kalut boleh menjadikan proses kelahiran sesuatu yang panjang. Dengan sikap bertenang dan bersahaja mampu mengelakkan ibu hamil dari menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep. Jadi jika sudah mengalami kontraksi selang 5 minit bertenang dan segera pergi ke hospital pilihan kerana masanya telah sampai.
4.Pergunakam gravity.
~ sentiasa begerak dengan berjalan-jalan dan naik turun anak tangga dapat membantu ibu hamil ketika proses kelahiran. Jangka masaproses kelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.keadaan ini membantu bayi masuk kedalam salur penakan dengan betul. Oleh kerana itulah ibu hamil disarankan untuk untuk tidak hanya berbaring dia tas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin.
5. Tidur yang mencukupi
~ Dinasihatkan agar ibu hamil memastikan tidur yang cukup ketika diminggu-mingu terakhir kelahiran. Hal ini penting untuk memastikan ibu hamil kekal bertenaga ketika proses kelahiran berlangsung.
6. Tarik nafas panjang
~Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses kelahiran! Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya,anda menjadi kurang tenang. Ingat apa yang dipelajari dikelas antenatal dan beri perhatian ketika terhadap cara bernafas.
7.Rangsang payu dara
~ Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitoksin masuk dalam aliran darah sekaligus mencetuskan kontraksi. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan pamm payudara atau mengurut bahagian putting menggunakan tangan. Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis diatas payu dara sama seperti merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.
8. Elakkan paras gula jatuh
~ pengekalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses bersalin. Oleh itu minum jus buah-buahan segar yang tinggi potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine.
9. Ambil elektrolit dan mineral
~ Bagi memudahkan proses kelahiran, ibu hamil memerlukan lebih banyak elektrolit dan mineral yang terdapat didalam beberapa jenis makanan dan minuman. Magnesium,potassium,sulfur, klorida dan sodium penting untuk mengelakkan sakit berpanjangan dan kelihatan semasa proses kelahiran berlangsung. Sumber –sumber ini boleh diperolehi daripada daging segar,prosuk tenusu penuh lemak, sayur-sayuran , buah-buahan dan kekacang atau jus buah segar. Bagi menghadapi saat-saat kontraksi , ibu hamil disarankan mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur kedalam air atau jus buah-buahan selepas ada tanda-tanda awal hendak bersalin.
Elakkan perkara-perkara berikut :
1. # Kerap tertekan
~ kelahirang songsang berlaku kepada kira-kira 3% ibu hamil. Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesaran dilakukan. Wanita yang mudah tertekan, takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat. Bagi mengelakkan atau membetulkan kedudukan bayi songsang, anda boleh melakukan pernafasan bio-energetic.hypnosis atau teknik bertenang yang betul.
2. # Tahan kencing
~ Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin didalam bilik air sepatutnya disisihkan. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran . Jika pundi kencing terasa penuh,jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda kebilik air. Jadi, sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan selesa untuk menempuhi saat bersalin.
* info=>pa&ma ,gambar =google
Jika anda sedang mencari set bersalin yang mudah ,semulajadi dan halal sila klik disini...
info tebaik untuk set bersalin.