Saturday, November 29, 2014

Review produk L'ARome..

Assalamualaikum...Aduh dah hujung bulan november dah...
Sangat- sangat sibuk bulan ni...huhu...
Sampai tak tercapai target nk menulis blog paling kurang 2 kali seminggu...huhu

Dengan november yang berbaki sehari lagi..saya nak ambil kesempatan ini nak berkongsi satu lagi produk yang memang berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan selain dari shaklee yang memang tetap dihati saya..hihihi

Ok produk ini formulasinya didatangkan dari switzerland dan dibungkus di malaysia.
Apa nama produknya?

Ok ini produknya... L'AROME



Saya suka 2 produk diatas ni :
1) L'arome slimming serum ( LSS)
2) L'arome cleansing ( LCS)

 Sebab apa saya suka kedua-duanya?
Paling utama sebab kesannya yg memang kita rasai perubahannya dalam ms seminggu...tu paling lama la..
Ada teman yang memakainya merasai perubahan dlm ms 2 hari saja...wah wah hebatkan ...bagi mereka di luar sana yang tk menyukai ubat atau pil boleh guna cara sapuan l'arome.
Pasti berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan,
Amat- amat berbaloi...

Anda berminat nak tau lanjut?
Tinggalkan komen anda atau 
Wasap@ call sj 0134286293...









Tuesday, November 18, 2014

KONVO kakak dan angah

assalamualaikum...
alhamdulillah masih diberi nafas untuk bernyawa dimuka bumi ini..
moga setiap hari  penuh rahmah dan barakah serta penuh dengan keinsafan atas semua perkara.

eewahh..eewahh..mukadimah leh tahan..
ok nak kongsi dan bercerita tentang tajuk kat atas tu...hihihi

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN PADANG BESAR..



Muhammad pun xcited nak tengok kakak ambil hadiah

kak Ngah tengah ambil hadiah- dapat sijil n Muq


ni kakak pulak.hadiah sama je.


kak ngah senyum kn paksa sbb nak minta kamera kat ummi...hihihi

ayah dan muhammad...lapo la tu makan keropok dan air kotak laici je.


muhammad nk buat gaya rap..aduhai..yo ooo je adik ni..

Kakak dapat tempat hadiah tempat pertama kelas 5 tahun kat pasti nurul iman.

Alhamdulillah tahun ni dari tengah tahun lagi kakak pegang no 1.
syukur ya Allah..
moga kakak terus berusaha dan berjaya dimasa hadapan dan menjadi anak yang solehah dan pintar.

waktu ni ayah tengah bagi nasihat kat angah agar teus berusaha macam kakak kalau nak dapat hadiah macam kakak tu..suram aje mukanya..huhuhu





kakak dan angah bersama cikgu pasti. cikgu Nurzuraiwati.



moga anak-anak ummi kak nurul iman nasuha dan nur humayraa faqihah serta mohammad arif amsyar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah ,yang taat akan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah, menjadi cendiakawan islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.Aminnn

Monday, November 3, 2014

Saya Pengedar shaklee PERLIS..

Assalamualaikum...
dalam 10 muharam 1436h...
alhamdulillah dah masuk bulan baru...

nak bgtau semua kawan-kawan ..pada yang belum tahu..hihih..jangan marah ye..
SAYA PENGEDAR SHAKLEE PERLIS ye..

sempena bulan november ni ada promo terbaik gitu..
1) OMEGA GUARD BELI 6 PERCUMA 1
2) TWIN PACK OMEGA GUARD dengan diskaun 5%
harga sebotol omega guard rm136 dengan isian 90 biji kapsul.




Apa ada dalam Omega guard ye?

Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang mampu mengurangkan KERADANGAN, menggalakkan FUNGSI OTAK, SISTEM SARAF & FUNGSI MATA. Ia juga berupaya untuk mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah. Hebatkan bukan...


siapa yang boleh mengambilnya?

orang dewasa hingga kanak-kanak boleh mengambil.
juga amat baik untuk ibu mengandung..





Antara kebaikan Omega 3 yang terdapat dalam Omega GUard Shaklee..
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

berminat jangan malu dan segan untuk pm atau tinggalkan komen anda ok
saya pengedar shaklee PERLIS anda.- hartini
sms :0195057535
whatsapp : 01121569535

Mulakan untuk hidup yang lebih sihat..





Wednesday, October 15, 2014

Wordless wednesday..

Assalamualaikum...
waaa...pagi-pagi dah kelam kabut di buatnya...
di rumah dengan cara rumah..
di opis dengan cara opis..
semua harus settle..
nak kejor date line la katakan...
sampai tak sempat nak bersarapan..huwaaaaa...

jom layan mata...







moga hari ini penuh keceriaan dan di akhiri dengan kebarkahan..aminn


*image: sumber google

Tuesday, October 14, 2014

Spaggeti Aglio Olio versi malaysia...mak aihh nama...

Assalamualaikum...
selamat pagi semua...eeewahhh semangat terr.....hiihihi..
nak citer menu dinner semalam..kih...kih..
alkisahnya memang lama dah teringin nak buat ni..
asyik dok tengok n ngusha blog kawan  ni je..
akhirnya berjaya gak ku buat..
memang la senang je resepinya tapi masa dan orang yang nak makan tu..hihih
kena bertepatan barula habis sekali masak okeyy....

ok...nah resepinya ku copy dari blog kawan ku tu

Spaggeti Aglio Olio
resepi rujukan : marziah




bahan-bahan:
spaggeti- direbus dan ditoskan
cendawan shitake- dipotong  ikut suka
selabu bawang putih- dipotong dadu
sebiji bawang besar - dipotong dadu
cili kering - di potong serong
ayam/dasing/seafood
brokoli- direbus
( tapi saya guna sawi ye..coz brokoli xde dalam ice box )hihihi
serbuk lada hitam
garam 
serbuk perasa





cara-cara

1. rebus spaggeti dlu dan toskan bila dah masak dan sapukan dengan olive oil ok.nak bg berkilat dan tidak melekat.
2.panaskan olive oil.goreng bawang putih yang telah dipotong dadu.jangan sampai hangit ok.kena jaga api semasa menggoreng tu ye.dah kekuningan dan nampak garing ,angkat dan toskan .
3.masukkan bawang besar dan cili kering yang telah dipotong tadi.masak sehingga hampir garing .
4.pada masa yang sama rebusla brokoli.disebabkan saya tak ada brokoli saya masukkan sawi yang telah dipotong dalam kuali tadi..hihihi....( ikut suka aku daaaa..hahahah )
5.selepas itu masukkan cendawan shitake dan serbuk lada hitam sesuka rasa.nak peda boleh letak lebih okey.saya letak ckit je sebab nak makan dengan anak-anak.
6.masukkan ayam atau seafood yang korang suka la kan...saya masukkan ayam dan sosej je.
7.bila ayam dah masak masukkan spaggeti tu.gaulla sebati.
8.akhirnya masukkan bawang putih yang digorneg tadi dan klu korang ada brokoli tadi masukkan la waktu ni. gaul sebati.
9.ehhh..jangan lupa garam dan serbuk perasa sesedap rasa korang ok...
taraaaa dah siap...




 ni sebenarnya bekal yang ku bawa ke opis.sebab semalam xsempat nk snap picture.pagi ni saya snap la picture bekal saya...hihihi..sesuka hati den ajo...lagipun x abis semalam ku panaskan dan bawa bekal ke opis
jom sarapan pagi...


Thursday, October 2, 2014

detik masa berlalu...


Assalamualaikum....ni cerita detik masa dlu....
nak abadikan gambar anak-anakku, kakak waktu berusia 3 tahun dan kak ngah 2 tahun.
semua gambar ni sewaktu berkelah di Pantai Merdeka.


kak ngah kalut nk makan sbb nak mandi laut satg

edisi x sabo nk mandi laut


nak nangis selepas mandi laut ni..






aksi kakak dan kak ngah








Aksi kakak...


























Dulu berempat sekarang dah berlima...
dan dah ada kawan ayah...
hero ummi
muhammad Arif Amsyar



itu saja...
..semoga ia tetap terpahat sebagai kenangan yang terindah..
tata..titi..tutu...